Sahabat Sejati

Monday, 6 May 2013

Hari ini...05 Mei 2013

Alhamdulillah, selesai menunaikan kewajipan sebagai warganegara Malaysia siang tadi. Saya dan isteri mengundi di kampung saya, kerana isteri saya telah pun menukar alamat mengundinya. Jadi tidaklah susah-susahkan. Kalau tidak, tentu saya terpaksa menghantar pulang ke kampungnya sehari dua sebelum tarikh pengundian.

Kata 3 hari, rupa-rupanya 3 minit pun tak sempat

Tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku di pusat pengundian tadi. Pengundi hantu pun tidak ditemui, seperti di tempat-tempat lain sebagaimana yang dilihat di dalam internet. Kalau ada mungkin kecoh jadinya. Cuma saya kehairanan melihat calitan dakwat di jari. Khabarnya dakwat boleh kekal selama tiga tetapi menjadi sebaliknya pula. Sebelum ini sudah terdengar berita di dalam internet mengenai dakwat kekal yang tidak kekal dalam proses pengundian awal baru-baru ini. Tidak sangka pula saya pun dicalit dakwat yang tidak kekal. 

Apa pun seronok balik ke kampung. Tidak banyak yang berubah. Masih banyak lagi tempat yang menjadi kenang-kenangan semasa zaman budak-budak. Seronok juga dapat bertemu dengan sahabat-sahabat lama sekampung. Masing-masing 'mengupdate' perkembangan diri. Ada yang sudah anak empat, lima, enam pun ada. Tidak kurang yang sudah beruban, yang telah berkurang rambut pula lagi ramai. Apa yang tidak berubah ialah persahabatan yang terjalin tetap hijau dan mekar.

Di pusara bonda

Kesempatan pulang ke kampung juga saya gunakan untuk menziarahi pusara kedua orang tua tersayang, abang sulung serta saudara-mara yang lain. Menangis juga hati saya tatkala berteleku di pusara bonda. Benar-benar saya mengakui betapa kerinduan terhadap bonda amat berbekas sedalamnya. 

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, ampunkan dosa kedua ibu bapaku, dan rahmatilah mereka dengan kasih sayang-Mu, sebagaimana mereka menyayangiku ketika diriku masih kecil. Tempatkanlah mereka bersama orang-orang yang mendapat limpahan redha-Mu. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang melimpahkan nikmat kasih sayang...Amin.” 

"Dalam mood mengikuti keputusan pilihanraya ke-13".

1 comments:

||aLeaSaRa|| said...

slm sahabat...alhamdulillah dpt pulang ke kg menziarahi bonda tersayang..al-fatihah.

owh dakwat saya tahan 3 hari,itu pun spr tak calit betul2...yg penting musim politik dh habis.sapa yg terpilih kenalah jlnkan tugas sbb sbg rakyat,kitalah raja he3...

Post a Comment