Sahabat Sejati

Sunday 31 January 2021

Sepanjang Januari 2021..



Alhamdulillah, 18 buah buku telah dibeli sepanjang Januari 2021 untuk memenuhi rak perpustakaan mini milikku. Kesemuanya dibeli secara atas talian, mudah. Lagipun mahu keluar sekarang ini tidaklah bebas seperti dulu. Ditambah perasaan malas mahu keluar disaat jumlah jangkitan pandemik Covid-19 makin meningkat saban hari.

Sebagaimana azamku untuk memaksimakan pembacaan buku pada setiap tahun, maka bersedialah duhai buku-buku untuk ditatap, dibelek dan dibaca sepanjang PKP, PKPB, PKPD, PKPP dan segala macam P lagi. 

Insya-Allah, moga dihindari sifat jemu dan malas untuk menghadamnya. 

Moga tidak menjadi seperti kedai.

"Perbandingan orang-orang (Yahudi) yang ditanggungjawab dan ditugaskan (mengetahui dan melaksanakan hukum) Kitab Taurat, kemudian mereka tidak menyempurnakan tanggungjawab dan tugas itu, samalah seperti keldai yang memikul bendela kitab-kitab besar (sedang ia tidak mengetahui kandungannya). buruk sungguh bandingan kaum yang mendustakan ayat-ayat keterangan Allah; dan (ingatlah), Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim." (Al-Jumu’ah : 5)

Buku-buku yang telah dibeli:

1. Anak Bentayan (Edisi kedua)
Penulis: Hamdan Raja Abdullah
Penerbit: DBP

2. Pahlawan Bumi dat (Edisi kedua)
Penulis: Othman Puteh
Penerbit: DBP

3. Darah Titik Di Semantan (Edisi murid)
Penulis: Arman Sani
Penerbit: DBP

4. Hikayat Pahlawan Melayu Terbilang
Penulis: Abdul Hadi Ayob
Penerbit: DBP

5. Api Masih Membakar (Edisi kedua)
 Penulis: Ismail Ahmad
Penerbit: DBP

6. Panglima Awang (Edisi kedua)
Penulis: Harun Aminurrasyid
Penerbit: DBP

7. Aku Penyudah Tugas Kpt. F. Magellan dan Laksamana Hang Tuah
Penulis: Zain alJohan
Penerbit: Pekan Buku Publications

8. Tun Fatimah: Serikandi Melayu
Penulis: Prof (Adj) Datuk Dr Hj Mohd Jamil Mukmin
Penerbit: IKSEP

9. Kisah Melaka 1511
Penulis: Prof Emeritus Dato Dr Muhammad Yusof Hj Hashim
Penerbit: IKSEP

10. Malaysia 1945 - 2000
Penulis: Ishak Saat
Penerbit: Utusan Publications

11. Sejarah Malaysia 1800 - 1963
Penulis: Mohd Isa Othman
Penerbit: Utusan Publications

12. Parameswara Pengasas Empayar Melaka
Penulis: Prof Emeritus Dato Dr Muhammad Yusof Hj Hashim
Penerbit: IKSEP

13. Mastika Hadis (Jilid 3)
Susunan: Syeikh Abdullah bin Muhammad Basmeih
Penerbit: Jabatan Perdana Menteri

14. Riyadhus Solihin (Edisi jawi lama)
Susunan: Al-Imam an-Nawawi rah.
Cetakan: Mathba'ah al-Miriah

15. Ketokohan Panglima Awang: Orang Pertama Mengelilingi Dunia
Penulis: Zuliskandar Ramli
Penerbit: IKSEP

16. Laksamana Hang Tuah: Jangan Pertikaikan Kewjudannya
Penulis: Mohd Jamil Mukmin, PhD
Penerbit: IKSEP

17: Hang Tuah dari Perspektif Sejarah
Penulis: Wan Abd Halim Bashah
Penerbit: UPM

18. Hang Tuah Catatan Vijayanagara
Penulis: Rohaidah Kamaruddin, Hashim Musa, Shamsull Kamar Ahmad
Penerbit: UPM

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhan-mu yang telah menciptakan"

Friday 29 January 2021

Alhamdulillah, agihan Winter 4 Gaza

Alhamdulillah, agihan bantuan musim sejuk 'winter4gaza' dari AMAL Pahang dan sembilan NGO Malaysia termasuk di kawasan Gaza Tengah di Wilayah Mughraqah, antara kawasan termiskin di Gaza. 

Sumbangan keseluruhan dari 10 NGO Malaysia kali ini berupa : 

- 2,800 jaket musim sejuk 
- 2,800 pasang kasut 
- 1,800 tilam 
- 1,800 selimut tebal (5kg). 

Semoga ianya memberi keselesaan kepada penerima bantuan terutamanya anak-anak Palestin ketika menghadapi musim sejuk kali ini. InshaAllah akan disusuli bantuan seterusnya selepas ini termasuk pemulihan atap rumah penduduk Gaza yang rosak. 

Sumbangan untuk Gaza boleh disalurkan ke Akaun Tabung Palestin Yayasan Amal Malaysia Pahang Maybank : 5560 1106 8022 atau melalui https://toyyibpay.com/bantuanmusimsejuk 

Untuk maklumkan sumbangan anda dan info http://www.wasap.my/+60193177143/tabungGaza (abuikhwan)

جزاكم الله خير الجزاء

Sebarkan supaya lebih ramai yang membantu dan dapat dibantu 

#winter4gaza



















Tuesday 19 January 2021

Akhirnya..

 


Semoga keadaan bertambah baik selepas PKP ini, amiinn,

Wednesday 13 January 2021

Monday 11 January 2021

Selamat berehat sahabat baikku..

Almarhum Ustaz Yusof Kemboja

Basahnya bumi pagi ini bersama basahnya perasaan saya. 

Saat mahu keluar bertugas pagi tadi, saya dikejutkan dengan berita pemergian sahabat baik, Ustaz Yusof Kemboja. Entahlah, antara percaya dan tidak saya membaca susunan aksara yang dihantar melalui aplikasi whatsapp. 

Menurut Ustaz Ghazali, sahabat almarhum yang juga dari Kemboja, Ustaz Yusof meninggal di dalam tidur di rumahnya. Memang almarhum ada menghidap sakit jantung. Mungkin itulah menjadi penyebab kematiannya, wallahu a`lam. 

Almarhum sangat rapat dengan jemaah masjid di tempat saya. Menjadi imam jemputan solat tarawih sejak sekian lama. Seingat saya lebih dari 10 tahun. Mengapa saya katakan rapat? Selain telah lama menjadi imam tarawih, perbelanjaannya ke Mesir juga ditampung oleh jemaah masjid kami. Bahkan salah satu akaun banknya juga atas nama salah seorang jemaah di sini. Begitulah rapatnya. 

Ustaz Yusof Kemboja, seorang sahabat yang sangat baik. Sungguh lembut, suaranya, perwatakannya. Saya percaya setiap orang disekeliling merasa sangat selesa apabila bersamanya. Almarhum memiliki suara yang merdu. Seringkali almarhum mengalunkan surah Yusuf di saat mengimami solat isyak. Selepas ini tiada lagi kedengaran suara merdunya mengalunkan bacaan di dalam solat tarawih. 

Kali terakhir kami bertemu pada tahun 2019, ketika almarhum bertugas sebagai imam tarawih di masjid kami. Saya juga mempelawa almarhum untuk berkuliah di surau taman perumahan saya sekaligus membuat kutipan derma untuk madrasahnya di Kemboja. Tahun 2020, Covid-19 melanda, menyebabkan almarhum tidak dapat datang ke sini.  Namun, seringkali almarhum bertanya khabar melalui group whatsapp masjid kami.

Siapakah pula yang akan menyambung usahanya? Madrasah, kebun gajus yang menjadi penyumbang dana buat madrasahnya, ibadah korban dan aqiqah di Kemboja, bantuan untuk faqir miskin. Moga ada adik-beradiknya atau sahabatnya menyambung usaha tersebut. 

Benarlah, perpisahan disebabkan kematian adalah sesuatu yang perit untuk diterima. Apatah lagi kematian yang tidak disangka-sangka, akan berbekas kesedihan mendalam dan berpanjangan. 

Berehatlah sahabat sehingga waktu yang ditentukan. Kami pasti menyusul jua.. 



Solat jenazah dibanjiri jemaah

Saturday 9 January 2021

Dapur Rakyat di Maran

Maran: Mangsa banjir terima agihan makanan dari Yayasan Amal Malaysia Pahang. 





Mengagihkan sumbangan makan tengahari dari rumah ke rumah kepada mangsa banjir dan petugas bantuan banjir yang membersih rumah-rumah yang terlibat di Taman Seri Chedung, Maran melalui projek Dapur Rakyat Yayasan Amal Malaysia




Terima kasih kepada yang menyalurkan sumbangan kepada kami. Semoga ianya dapat membantu saudara kita yang ditimpa musibah.

Semoga segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT. 




Salurkan sumbangan anda ke Akaun Maybank: Yayasan Amal Malaysia Pahang (Tabung bencana dan kebajikan): 5560 1106 8015 

Maklumkan sumbangan anda kepada: http://www.wasap.my/+60193177143/ Abu Ikhwan. Hanya Allah yang akan membalas segala kebaikan Tuan/Puan.

جزاكم الله خير الجزاء

Thursday 7 January 2021

Amal Pahang bantu mangsa banjir


Alhamdulillah.

Mengagihkan sumbangan makan tengahari dari rumah ke rumah kepada mangsa banjir dan petugas bantuan banjir sekitar DUN Beserah Kuantan melalui projek Dapur Rakyat Yayasan Amal Malaysia.

Antara lokasi yang sempat kami salurkan bantuan ialah perumahan Balok Makmur, Seberang Balok, Kg Nyamuk dan Chengal Lempung. Terima kasih kepada yang menyalurkan sumbangan kepada kami untuk kami sampikan kepada penerima.





Semoga ianya dapat membantu saudara kita yang ditimpa musibah. InshaAllah esok Amal Pahang akan melakukan agihan makanan kepada mangsa banjir di Parlimen Maran. Doakan agar segala urusan dipermudahkan oleh Allah SWT

Salurkan sumbangan anda ke Akaun Maybank: Yayasan Amal Malaysia Pahang (Tabung bencana dan kebajikan): 5560 1106 8015 dan whatsApp ke 0193177143 (Abu Ikhwan) bukti sumbangan untuk direkodkan. 

Hanya Allah yang akan membalas segala kebaikan Tuan/Puan. جزاكم الله خير الجزاء




Wednesday 6 January 2021

Monday 4 January 2021

Entah bagaimana rasanya?


Hujan yang mengganas diluar sentiasa membangkitkan selera makan. 

Dalam renyai-renyai hujan yang turun, saya menghampiri sebuah kanopi di antara deretan kanopi di tepi jalan tersebut. Banner yang tergantung menarik perhatian saya untuk menghampirinya. Hasilnya dua bungkus nasi ambeng saya jinjit untuk dibawa pulang. 

Entah bagaimana rasanya nasi ambeng ini. Seumur hidup saya setakat ini, belum pernah lagi mencubanya. Kiranya dua bungkus yang saya bawa pulang ini adalah kali pertama untuk dicuba, Bagaimana pula ummu Ikhwan dan anak-anak, gemarkah mereka dengan juadah ini?

Benar, tidak mudah untuk bertemu dengan juadah ini ditempat saya. Ia bukanlah juadah utama negeri kami, sebagaimana nasi lemak, nasi minyak, nasi beriani dan lain-lain yang mudah kedapatan. 

Melihat aksara pada banner yang tertera "Nasi Ambeng" tadi, tiba-tiba rasa teruja pula untuk membelinya. Manalah tahu jika ia kena dengan selera saya. Mahu tak mahu terpaksalah ummu Ikhwan belajar membuatnya selepas ini untuk memenuhi selera heronya ini.   

Pray 4 PAHANG

 




















sumber ~ laporan akhbar tempatan