Sahabat Sejati

Wednesday 21 October 2020

Tuesday 20 October 2020

Sanah helwah Tuan Guru..

Selamat Ulang Tahun yang ke- 73 buat Murabbi Ummah YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Semoga Tuan Guru dikurniakan kesihatan, keberkatan dan kekuatan untuk terus memimpin ummah dan membina daulah Islamiyyah

Sunday 18 October 2020

Bicara santai: Doakan kami..

Melihat statistik kes jangkitan covid-19 kebelakangan ini amat membimbangkan. Peningkatan yang mendadak sehari demi sehari bermula pasca PRN Sabah tempohari. Jumlah kes tiga angka setiap hari, dan hari ini pula sebanyak 871 kes telah dicatatkan. 

Walaupun dilaporkan pertambahan kes ini daripada kluster penjara serta depoh tahanan asing, iaitu kes yang terkawal, namun kebimbangan terhadapnya tetap ada. Yalah, mendanya tak nampak dek mata. Kita berdoa moga situasi yang berlaku ini kembali seperti sediakala dan sentiasa terkawal.

Ekoran pandemik Covid-19 yang melanda di negara kita dan dunia seluruhnya, banyak perkara yang tidak dapat dilakukan seperti kebiasaan. Amalan norma baru perlu dipraktikkan dan  menjadi budaya. Banyak kerja yang dilakukan dalam ruamg lingkup yang terbatas. 

Kami di Yayasan Amal Malaysia juga turut terjejas. Namun, kerja-kerja dakwah dan kebajikan tetap berjalan, walaupun tidak lagi sama seperti tujuh bulan lalu. Mujurlah sekarang ini banyak tugasan dilakukan melalui atas talian. Kalaulah keadaan ini berlaku sepuluh tahun, lima belast tahun dahulu, entahlah. Pasti sulit keadaannya.

Alhamdulillah, sekarang ini kami membri tumpuan kepada 5 program bantuan. Program bantuan tersebut ialah:

- Membina rumah asnaf  (ibu tunggal yang menghidap kanser - tinggal di Kuantan)

- Waqaf sejuta al-Quran untuk benua Asia dan Afrika

- Aqiqah sepanjang tahun (Malaysia - perkampungan orang asal dan negara minoriti umat Islam & ditimpa musibah)

- Program Dapur Malaysia untuk Gaza (Pusat Kuarantin Covid-19 di Gaza)

- Bantuan musim sejuk untuk pelarian Syria  

 Doakan semuanya sukses!

Friday 9 October 2020

Belasungkawa atas pemergian sahabat akrabku


Hujan lebat yang turun menyimbah malam tadi menghadirkan suasana dingin pagi ini. Terselit rasa syukur dengan limpahan hujan rahmat Ilahi. Cuaca yang sebegini seringkali menghadirkan perasaan sayu dihati. Ada sesuatu yang meruntun jiwa. Entah mengapa begitu sentimental jiwa seorang lelaki di pagi yang damai ini.

Perasaan sayu dan sebak tersebut semakin menyesak tatkala menerima berita pemergian sahabat akrabku pada pagi Jumaat yang mulia ini. Aku terkedu, waktu bagaikan berhenti berputar seketika. Lantas satu persatu kenangan bersama almarhum bermain-main di ruangan minda. 

Almarhum Ustaz Suhaimi Hassan, sahabatku yang bertugas di LHDN, juga seorang sosok akrab di dalam Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang. Banyak kenangan suka dan duka bersamanya dalam melayari jalan dakwah dan kebajikan. 

Seorang sahabat yang sangat baik. Kehadirannya menyenangkan hati, ketiadaannya terasa dihati, tutur bahasanya melekat dihati.

Tiada kata yang mengiringimu melainkan bahasa doa yang dipanjatkan semoga Allah SWT mengampuni semua kesalahanmu dan menerima semua amal kebaikanmu.

Ya Allah, kami bersaksi atas kebaikannya..

Monday 5 October 2020

WANITA ADA LEBIH DARI SEORANG SUAMI DI DUNIA

SOALAN:

Andainya seorang wanita berkawhin dengan lebih dari seorang suami di dalam dunia maka di akhirat nanti siapakah yang akan menjadi suaminya? 

JAWAPAN: 

Sebahagian ulamak berkata jika ada bagi seorang perempuan dua orang suami atau lebih di dalam dunia maka di dalam syurga nanti yang akan menjadi suaminya adalah yang paling baik dengan isterinya. 

Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a. katanya:

 الْمَرْأَةُ مِنَّا تَتَزَوَّجُ الزَّوْجَيْنِ وَالثَّلَاثَةَ وَالْأَرْبَعَةَ، ثُمَّ تَمُوتُ فَتَدْخُلُ الْجَنَّةَ وَيَدْخُلُونَ مَعَهَا، مَنْ يَكُونُ زَوْجَهَا مِنْهُمْ؟ فَقَالَ: يَا أُمَّ سَلَمَةَ، إِنَّهَا تُخَيَّرُ، فَتَخْتَارُ أَحْسَنَهُمْ خُلُقًا 
Artinya :”Ada wanita dikalangan kami yang berkahwin dengan dua orang suami dan ada yang tiga dan ada yang empat kemudian dia meninggal dunia dan masuk akan syurga dan masuk juga semua suaminya ke dalam syurga. Siapakah yang akan menjadi suaminya dari mereka itu? 
Sabda Nabi saw : Wahai Ummu Salamah sungguhnya dia akan membuat pilihan maka dia akan memilih yang paling baik akhlaknya.” (Riwayat At-Tabarani pada kitab Mu’jam Awsath) 

Dan sebahagian ulama berkata yang akan menjadi suaminya ialah yang paling akhir berkahwin dengannya. 

Diriwayatkan daripada Abu Dard’ r.a. Nabi saw bersabda:

 أيما امرأة توفى عنها زوجها فتزوجت بعده فهى لآخر أزواجها 
Artinya : “Mana-mana perempuan yang matilah suaminya kemudian dia kahwin akan suami yang lain maka perempuan itu adalah bagi suaminya yang terakhir itu.” (Hadith At-Tabarani) 

Dan diriwayatkan dari Huzaifah r.a. berkata ia bagi isterinya:

 إِنْ سَرَّكِ أَنْ تَكُونِى زَوْجَتِى فِى الْجَنَّةِ فَلاَ تَزَوَّجِى بَعْدِى فَإِنَّ الْمَرْأَةَ فِى الْجَنَّةِ لآخِرِ أَزْوَاجِهَا فِى الدُّنْيَا 
Artinya : “Jikalau kamu suka aku menjadi suamimu di dalam syurga maka jangan kamu berkahwin selepas kematianku maka sungguhnya isteri di dalam syurga itu bagi suaminya yang terakhir di dalam dunia.” (Kitab Qasashul Anbiya’ Ibnu Kathir)