Sahabat Sejati

Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts

Friday, 23 September 2022

Kami jua akan menyusul nanti..

Sesungguhnya kita milik Allah dan kita semua akan kembali kepada-Nya. 

Hari ini, Jumaat 23 September 2022, nadinya terhenti buat selama-lamanya. Perginya meninggalkan kesibukan dunia yang fana. Damailah abang Bob @ Mohd Hakim bin Lokman, kami jua akan menyusul nanti pada masa dan tarikh yang kami juga dirahsiakan oleh penggenggam Taqdir! 

Moga Allah SWT mengampuni semua kesalahannya dan menerima semua amal kebaikannya. Salam takziah buat keluarga almarhum. Semoga beroleh kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Monday, 21 February 2022

Doakan sahabat saya ini dan semua yang sedang diuji..

 

Mohon sahabat-sahabat doakan moga al-Fadhil Ustaz Dr Riduan Mohamad Nor sembuh dan diberi kesihatan yang baik. Sahabat saya ini telah disahkan positif Covid-19 tahap 4.

Doakan juga buat sahabat-sahabat yang sedang diuji dengan penyakit ini moga segera sembuh.

اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا 

Ya Allah Rabb manusia, zat yang menghilangkan rasa sakit, sembuhkanlah, sesungguhnya Engkau zat yang Maha menyembuhkan, tidak ada kesembuhan melainkan dari kesembuhan-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak menyisakan rasa sakit. (Lihat Imam An-Nawawi, Al-Adzkar, [Damaskus: Darul Mallah, 1971 M/1391 H], halaman 113)

أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَك

Aku memohon kepada Allah yang agung, Tuhan arasy yang megah agar menyembuhkanmu,”

Saturday, 22 January 2022

Anda beri.. kami sampaikan..

Alhamdulillah, 300 pek beras untuk diagihkan kepada yang terjejas akibat banjir. Terima kasih kepada semua dermawan. Semoga sumbangan ini akan dibalas dengan ganjaran kebaikan daripada Allah SWT. Kepada penerima, moga ia dapat meringankan sedikit bebanan yang ditanggung. 

 


Sunday, 16 January 2022

Ops Cuci dan serah sumbangan di Mentakab

Alhamdulillah, operasi bersih rumah yang ditenggelami banjir di Kampung Batu Kapor, Mentakab Pahang serta agihan dapur gas, selimut toto dan tikar kepada mangsa di situ. 

Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, kampung ini adalah di antara lokasi yang paling teruk terjejas akibat banjir di kawasan Mentakab. Dikhabarkan air baniir hampir mencecah ke bumbung.

Operasi bersih kali ini turut disertai pasukan sukarelawan YADIM Pahang. Alhamdulillah sebahagian sumbangan anda kami telah agihkan kepada mereka yang terkesan teruk dengan banjir yang berlaku.

Semoga mereka yang menjadi mangsa banjir dikurniakan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi musibah ini. Allahu al-Musta'an.









Friday, 31 December 2021

Dapur Rakyat: Kolaborasi Yam Pahang dan Yam Terengganu bantu mangsa banjir

Menyediakan makanan masak (sarapan pagi, tengahari dan makan malam) dan mengagihkannya kepada 500 orang mangsa banjir di Perumahan Rumah Murah Pandan 2 dalam Program Dapur Rakyat bersama Yayasan Amal Malaysia Terengganu. 

Program Dapur Rakyat ini dijayakan dengan mendapat kerjasama Amalnita Yayasan Amal Malaysia Pahang dan disediakan di Madrasah Tahfiz Ar Rahman Kg Pandan 2. 

Kebanyakan mangsa banjir sibuk membersihkan rumah yang kotor berselut akibat banjir dan tiada kesempatan untuk memasak makanan. 

Semoga ianya dapat memberi sedikit kelegaan kepada mereka yang kediaman ditenggelami air dan mengalami kemusnahan harta benda. 

 


 


 


Monday, 26 April 2021

Bakul Amal untuk orang Asal Batu 14 Jalan Gambang Kuantan.

Alhamdulillah, telah menyempurnakan sumbangan Bakul Amal sempena Ramadhan kepada 15 keluarga Orang Asal yang beragama Islam di halaman surau Kg Orang Asal Batu 14, Jalan Gambang Kuantan.

Di kampung ini terdapat 60 keluarga orang asal dan 15 daripadanya beragama Islam.

Moga usaha ini menjadi satu dakwah kepada syiar Islam di sini. Kita sama-sama doakan untuk segala kebaikan.







Tuesday, 9 March 2021

Agihan naskhah al-Quran di Chad

Alhamdulillah, telah menyempurnakan agihan waqaf al-Quran yang telah diamanahkan. 

Sebanyak 600 naskhah al-Quran telah diagihkan kepada pelajar-pelajar pusat pengajian Islam di perkampungan Rawraw selatan Chad sempadan Afrika Tengah. Alhamdulillah, wakil kami di sana menjalankan tugas pengagihan dengan baik sekali. 

Semua naskhah Al-Quran ini adalah hasil waqaf daripada muslimin dan muslimat melalui Yayasan Amal Malaysia (AMAL) Cawangan Pahang. 

Teringat ucapan seorang sahabat relawan Indonesia, "Salah satu yang bisa kita wariskan dan bermanfaat bagi sesama adalah dengan mewakafkan mushaf Alquran. Tak hanya bermanfaat bagi yang membutuhkan, warisan ini juga kelak akan menjadi bekal terbaik kita di akhirat. Bayangkan, berapa pahala yang akan kita dapatkan saat setiap huruf dibaca, dan amalannya diamalkan? Masyaallah banyaknya! 

Moga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran buat pewaqaf sekelian.













Friday, 29 January 2021

Alhamdulillah, agihan Winter 4 Gaza

Alhamdulillah, agihan bantuan musim sejuk 'winter4gaza' dari AMAL Pahang dan sembilan NGO Malaysia termasuk di kawasan Gaza Tengah di Wilayah Mughraqah, antara kawasan termiskin di Gaza. 

Sumbangan keseluruhan dari 10 NGO Malaysia kali ini berupa : 

- 2,800 jaket musim sejuk 
- 2,800 pasang kasut 
- 1,800 tilam 
- 1,800 selimut tebal (5kg). 

Semoga ianya memberi keselesaan kepada penerima bantuan terutamanya anak-anak Palestin ketika menghadapi musim sejuk kali ini. InshaAllah akan disusuli bantuan seterusnya selepas ini termasuk pemulihan atap rumah penduduk Gaza yang rosak. 

Sumbangan untuk Gaza boleh disalurkan ke Akaun Tabung Palestin Yayasan Amal Malaysia Pahang Maybank : 5560 1106 8022 atau melalui https://toyyibpay.com/bantuanmusimsejuk 

Untuk maklumkan sumbangan anda dan info http://www.wasap.my/+60193177143/tabungGaza (abuikhwan)

جزاكم الله خير الجزاء

Sebarkan supaya lebih ramai yang membantu dan dapat dibantu 

#winter4gaza