Sahabat Sejati

Saturday 29 June 2013

Larangan puasa pada hujung Sya'ban

1. Sabda Nabi saw: "Apabila berbaki separuh daripada bulan Sya'ban janganlah kamu berpuasa (hinggalah tiba ramadhan)." (Jami' at-Tirmizi; 738, hasan sahih).

2. Sabda Nabi saw: "Janganlah sesiapa mendahului Ramadhan dengan puasa sehari atau dua hari sebelumnya, kecuali seorang yang sudah biasa berpuasa, maka bolehlah ia berpuasa." (Sahih al-Bukhari: 1914).

3. 'Ammar bin Yasir ra. berkata: "Sesiapa berpuasa pada hari syak (30 sya'ban) dia mengingkari Abal Qasim (Nabi Muhammad saw)." (HR al-Bukhari secara mu'allaq dan at-Tirmizi. Jami' at-Tirmizi; 686, hasan sahih).

Menurut Imam ar-Ruyani: Hukum puasa selepas nisfu Sya'ban adalah makruh. Adapun puasa sehari atau dua hari sebelum Ramadhan hukumnya haram (Tuhfah al-Ahwazi; 2/275). Namun, menurut ulama dikecuali larangan tersebut daripada tiga orang:

1. Orang yang meneruskan puasa yang dimulainya sebelum bulan Sya'ban masuk separuh kedua (yakni sebelum 16 Sya'ban), sekurang-kurangnya ia berpuasa dari 15 Sya'ban.

2. Orang yang meneruskan kebiasaan puasanya, seperti ia biasa berpuasa Isnin dan Khamis atau puasa nabi Daud as.

3. Puasa qadha, nazar dan kaffarah.

Monday 24 June 2013

Panduan menghadapi jerebu

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, 24 Jun 2013
(Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia)


Saya selaku Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia menyarankan orang ramai supaya menjaga kesihatan masing-masing semasa kita menghadapi situasi jerebu ini dan ikut nasihat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Saya juga mohon jasa baik semua untuk sama-sama berkongsi ("share") maklumat yang dimuatkan di dalam Facebook ini dari semasa ke semasa sebagai tanda kita sebagai satu masyarakat mengambil berat terhadap satu sama lain.

GOLONGAN ORANG YANG BERISIKO TINGGI SEMASA JEREBU

Keadaan jerebu yang berterusan akan mendatangkan kesan buruk kepada semua orang terutama yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung , pesakit jantung dan respiratori juga mereka yang sensitive kepada habuk, orang yg merokok termasuk mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

NASIHAT KESIHATAN SECARA UMUM UNTUK MENCEGAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU

i. Orang ramai dinasihatkan supaya, sejauh mana yang boleh, berada di dalam bangunan.

ii. Kurangkan aktiviti lasak di luar rumah.

iii. Orang ramai dinasihatkan supaya kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

iv. Orang ramai dinasihatkan supaya minum banyak air.

v. Mereka yang menggunakan kenderaan yang berhawa dingin hendaklah menghidupkan alat penghawa dingin (mod: kitaran dalam) dan menutup semua tingkap.

vi. Penutup hidung dan mulut hendaklah digunakan oleh mereka yang melakukan aktiviti di luar terutamanya mereka yang berisiko tinggi.

vii. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, jangkitan paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan seberapa segera jikalau keadaan penyakit bertambah teruk.

viii. Perokok dinasihatkan supaya berhenti merokok.

ix. Sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada media massa dan mengikut nasihat daripada pihak berkuasa.

Sumber: Harakahdaily

Sunday 23 June 2013

Memilih Untuk Bahagia


Tajuk: Memilih Untuk Bahagia 
Penulis: Nor Hayati Sapii 
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn Bhd 
M/s: 276 
Harga : SM 19.00 / SS 21.00 

Kita sering mengeluh dengan ujian yang menimpa, walhal kita boleh memilih untuk bahagia biarpun di kelilingi pelbagai masalah dan dugaan. Pilihan di tangan kita sendiri sama ada mahu derita atau mahu bahagia. Ada orang mempunyai harta yang melimpah, namun tidur malamnya jarang nyenyak. Pelbagai perkara yang membelenggu fikirannya.

Ada orang yang hidupnya tidak berharta, tetapi malamnya dia boleh tidur nyenyak dan selesa. Menarik bukan? Itulah sebahagian tanda keadilan Allah. Namun jarang kita perasaan jika tidak kita renungkan dengan mendalam.

Memilih Untuk Bahagia adalah buku motivasi. Pelbagai bentuk ujian manusia. Ujian rumah tangga, ujian saudara-mara, ujian persekitaran, ujian di tempat kerja, ujian kemiskinan dan lain-lain. Namun disebalikujian-ujian ini sebenarnya bahagia tetap ada jika kita memilih untuk bahagia. Semuanya terletak pada diri sendiri untuk bertindak mencari kebahagian dan meninggalkan derita. Asasnya adalah berpegang teguh pada agama Allah.

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhan-mu yang telah menciptakan!

Jerebu, peringatan dari-Nya


Isu lama timbul kembali. Masalah jerebu kembali mewarnai ruang udara negara kita. Saya membaca di dalam akhbar yang mengatakan situasi jerebu di negara kita semakin buruk hari ini apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di enam kawasan mencatat bacaan melebihi 100 terutama di Muar, Johor yang berada pada tahap berbahaya dengan bacaan 383.

“Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dalam satu kenyataan menyebut, Muar diikuti dengan Kota Tinggi yang berada pada tahap sangat tidak sihat dengan bacaan 232 manakala Pasir Gudang, Larkin, Bandar Raya Melaka dan Bukit Rambai, Melaka masing-masing dengan bacaan 199, 181, 137 dan 119.

Menurut kementerian, situasi jerebu tersebut dijangka berterusan sehingga September depan ekoran keadaan udara yang masih dipengaruhi pencemaran merentasi sempadan, selain musim monsun barat daya yang sedang dialami negara ketika ini.

Peta Jerebu Serantau yang dikeluarkan oleh Pusat Pakar Meteorologi ASEAN (ASMC) semalam menunjukkan pergerakan asap jerebu tebal dari kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia dan tiupan angin dari arah barat daya membawa pencemaran jerebu ke kawasan Pantai Barat dan merentasi ke kawasan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.”

Manakala di tempat saya Kuantan, dilaporkan bacaan IPU semakin meningkat, tetapi masih lagi ditahap sederhana berdasarkan laporan Jabatan Alam Sekitar. Penduduk dilarang melakukan pembakaran terbuka yang boleh memburukkan lagi keadaan jerebu.

Jika dilihat daripada kenyataan ASMC punca jerebu ini adalah kerana kebakaran yang berlaku di negara jiran. Benar, namun bagi saya ia hanyalah penyebab. Bukankah disebalik setiap kejadian mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perla dihayati oleh manusia sebagai peringatan yang berguna. Oleh itu, sebagai seorang Islam kita dituntut untuk berfikir dan mencari jawapan disebalik rahsia alam yang terbentang luas ini.

Bencana alam sebagai peringatan dari-Nya

 Jerebu berhampiran tempat tinggal saya

Jika kita melihat di dalam al-Quran, banyak menceritakan keadaan umat terdahulu yang dimusnahkan oleh Allah SWT dengan bencana alam. Contohnya kaum Nabi Nuh yang dimusnahkan dengan banjir besar, kaum Nabi Luth yang dimusnahkan dengan gempa bumi serta kaum `Aad yang dimusnahkan dengan ribut taufan. Firman Allah SWT:

“Maka masing-masing Kami binasakan dengan sebab dosanya, iaitu di antaranya ada yang Kami hantarkan angin ribut menghujaninya dengan batu; dan ada yang dibinasakan dengan letusan suara yang menggemparkan bumi; dan ada yang Kami timbuskan dia di bumi; dan ada pula yang Kami tenggelamkan di laut. Dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali menganiaya mereka, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri." (al-Ankabut: 40) 

Demikianlah Allah SWT menyatakan dengan jelas mengapa berlakunya bencana alam ini. Benar, akibat perlakuan yang menyimpang daripada kehendak Allah SWT menjadi penyebab datangnya musibah ini. Seharusnya kita mengambil peringatan dan kembali koreksi diri akan kelalaian dan kealpaan selama ini.

Sesungguhnya Allah SWT menciptakan alam ini untuk manfaat dan kebaikan kepada seluruh mahkluk. Manusia bebas memanfaatkan alam ini untuk kepentingan mereka. Namun, terdapat segelintir manusia yang rakus mengejar kemewahan dunia. Mereka tidak berhemah dan tidak langsung menghargai peranan alam sekitar kepada keseimbangan kehidupan. Lalu mereka mengganggu dan memusnahkan keseimbangan ekosistem yang ada. Mereka menganggap ia satu peluang kemewahan dan kebijaksanaan dalam menggunakan teknologi moden, hakikatnya mereka adalah pemusnah dan perosak alam ini. Firman Allah SWT:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”. (ar-Rum: 41) 

Oleh itu, marilah kita menyedari akan kelalaian selama ini. Marilah kita melihat bencana alam khususnya jerebu yang sedang berlaku ini adalah satu peringatan dari Allah kepada kita. Janganlah kita lupa tanggungjawab kita selaku khalifah yang diamanahkan untuk memakmurkan alam ini dengan sebaiknya. Mudah-mudahan ia menjadi peringatan kepada kita sebelum datangnya hari yang pasti itu.

“Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah. " Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? - boleh jadi kiamat sudah dekat pada waktunya.” (al-Ahzaab: 63) 

*Mood sakit tekak

مراسم غسيل الكعبة المشرفة الاثنين 1 شعبان 1434.'

  !سبحان الله



وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
"Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. Wahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua: orang-orang Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepada-Mu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima Taubat, lagi Maha Mengasihani." (al-Baqarah: 127-128)

Tuesday 18 June 2013

Fikir-fikir: Kasih sayang-Nya


Kasih sayang.

Mendengar perkataan ini sudah cukup mendamaikan perasaan. Apatah lagi jika kehidupan dikelilingi oleh kasih sayang. Tentu lebih indah dan mengasyikkan.

Suami mencurahkan kasih sayang kepada isteri, ibu bapa kepada anaknya. Orang tua kasih kepada yang muda, yang kaya kepada yang miskin serta pemimpin kasih kepada rakyat jelata. Tentu kehidupan yang dilalui sungguh menenangkan dan menyenangkan.

Bagaimana pula jika tiada kasih sayang dalam kehidupan, dapatkah kita bayangkan keadaannya? Tanpa kasih sayang, lembah yang subur akan tandus kekeringan. Inikan pula manusia yang mempunyai hati dan perasaan.

Kita hidup dengan kasih sayang. Benar, kerana kasih sayang Allah kita dapat menjalani kehidupan ini dengan sebaiknya. Kasih sayang Allah tidak pernah putus dan tiada bertepi. Kasih sayang Allah tidak pernah habis atau menyusut. Sama ada kita minta atau tidak Dia pasti memberi. Cuba renung ke dalam diri, berapa kalikah kita meminta udara yang disedut dan dihembus. Rasanya tidak pernah ia terzahir dalam doa, tanpa sedar setiap hari kita menyedut dan menghembusnya. Alhamdulillah, Dia pernah menahannya walaupun sedetik.

Sebenarnya, kasih sayang-Nya telah melimpah-ruah kita perolehi sejak awal penciptaan kita sebagai hamba-Nya. Lihat, dengan kasih sayang dan rahmat-Nya kita tinggal dan berkembang di dalam alam kasih sayang iaitu rahim si ibu. Kemudian lahir sebagai bayi yang tidak mengerti apa-apa, lalu diberikan pendengaran, penglihatan dan akal. Kita membesar menjadi kanak-kanak dan menjadi orang dewasa yang sempurna dengan keinginan dan kehendak. Bahkan kita dititipkan pula dengan perasaan kasih sayang.

Bandingkan kasih sayang-Nya.

Umar bin al-Khattab ra. meriwayatkan bahwa satu ketika dibawa ke hadapan Rasulullah saw satu kumpulan tawanan perang. Ternyata terdapat seorang perempuan di kalangan rombongan itu sedang mencari-cari sesuatu ( anaknya ). Setiap kali dia menjumpai bayi di kalangan rombongan tawanan itu maka dia pun terus mengambil dan memeluknya dan menyusuinya. 

Maka Rasulullah saw pun berkata kepada kami,“Apakah menurut kamu perempuan ini akan tergamak melemparkan anaknya ke dalam julangan api?”. Maka kamipun menjawab, “Tentu saja dia tidak akan sanggup melakukannya, demi Allah. Walaupun dia sanggup, pasti dia tidak ingin melemparkan anaknya.” 

Maka Rasulullah saw pun bersabda : “Sesungguhnya Allah jauh lebih menyayangi hamba-hamba-Nya dibandingkan kasih sayang ibu ini kepada anaknya.” ( Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Sesungguhnya Allah SWT adalah sebaik-baik sumber kasih sayang!

Sunday 16 June 2013

Semoga kita berjumpa 'nanti'

Terpaku seketika di hadapan pusara sepi.
Kusorotkan pandangan menyusuri dua nisan tegak berdiri.
Rimbun kemboja juga setia menemani.
Sedih yang bersulam kubenam jauh di sudut hati.

 'Rindu wajah ayah'

Ayah,
Kesedihanku tidaklah memberi apa-apa makna, kerana yang dikau perlukan hanyalah doa daripada penerus warismu. Saban ketika, tanpa alpa aku memanjatkan bahasa doa agar ia menjadi peneman ketika penantianmu di sana. Mudah-mudahan ketika dibangkitkan pada hari yang dijanjikan, ia menjadi penolakmu ke syurga Ilahi. Aku benar-benar memohon kepada-Nya.

“Ya Allah, ampunilah ibu bapa kami, rahmatilah mereka, maafkanlah mereka. Uzurkanlah kekurangan-kekurangan mereka. Limpahilah rahmat-Mu di dunia dan redha-Mu di akhirat. Engkaulah sebaik-baik pemberi kasih sayang. Ameen.” 

Ayah,
Meskipun aku tidak dapat membayangkan bagaimana rupa parasmu, kerana pergimu saat usiaku baru bertatih mengenal kehidupan, namun seringkali aku mengharapkan agar dapat melihat wajahmu satu hari nanti. Aku memohon dengan rahmat belas ehsan-Nya, kerna aku benar-benar merinduimu.

Anakmu...
(sempena hari bapa)

Saturday 15 June 2013

Ye la, kenapa mesti pukul 7...

Sebenarnya bukan isu baru, tetapi sudah bertahun-tahun. Rasanya dah ramai yang menyentuh persoalan ini. Sahabat saya, blogger Aleasara (baca di sini) juga turut menyuarakan persoalan ini di dalam blognya.

Baru-baru ini, ia juga telah disentuh oleh sutradara terkenal, saudara Ahmad Idham, iaitu mengapa pawagam menyiarkan cerita pada pukul 7. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya beliau juga rasa prihatin dan tanggungjawab berkaitan isu ini.


Sebenarnya saya bukanlah termasuk golongan yang 'tercongok' di depan televisyen pada pukul 7 untuk menonton rancangan yang disiarkan. Ia adalah masa yang amat tidak sesuai dan tidak sepatutnya berlaku. Tetapi ada sebahagian yang menganggap isu ini hanyalah picisan dan isu yang kecil lagi remeh. Kata mereka, kalau kita tidak mahu menontonnya jangan buka televisyen pada waktu itu. Benar, kalau orang lain sama seperti 'kamu' tak apa, mempunyai iman yang kuat, mampu menepis godaan untuk membuka televisyen pada waktu itu. Kita bercakap secara umum, bukan untuk diri kita seorang sahaja.

Namun apa yang saya kesalkan (kasihan) ialah jawapan daripada 'orang' yang diberi amanah untuk menjaga portfolio ini. Saya bukanlah mahu berpolitik atau mempolitikkan isu ini, tetapi membaca jawapannya balasnya amatlah menimbulkan kerisauan. Sekurang-kurangnya berilah jawapan yang menunjukkan kematangan kita. Jawapan yang sebegini seolah-olah memperlihatkan kedangkalan kita dalam menangani isu itu. Bahkan ia membuka jalan untuk orang ramai memperlekeh dan mempersendakan peribadi kita. Saya berharap isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan berhemah.


Semoga Allah SWT melindungi kita semua daripada fitnah akhir zaman ini...

Wednesday 12 June 2013

Bicara santai: Awal lagi...are you ready?

Petang semalam di tempat kerja, sambil berehat-rehat menunggu masa untuk pulang, saya bersantai-santai mendengar radio. Bukan melalui peti radio tetapi melalui telefon bimbit.

Sebenarnya agak lama juga saya tidak mendengar radio. Bukannya tidak ada radio di rumah tetapi malas nak memasangnya. Kalau setakat nak mendengar lagu dengan telefon bimbit pun sudah tidak larat nak mendengarnya. Telefon bimbit zaman sekarang canggih-manggih, apa-apa pun ada.

Tercuit hati saya tatkala mendengar celoteh juruhebah yang bertugas. Hairan dan kagum, banyak sungguh ideanya, ada sahaaja benda yang nak dibicarakannya. Kalaulah saya yang menjadi juruhebah, alamatnya banyak lagu yang diputar dari sembang-sembang. Patut pun saya tidak menjadi juruhebah, bakat tak ada.

 Gambar hiasan (sumber foto)

Sambil mendengar radio saya membelek-belek majalah yang berada di atas meja. Tiba-tiba saya merasa tertarik dengan satu topik yang dibicarakan oleh juruhebah stesen radio tersebut. Kemudian beliau mempelawa para pendengar untuk berkongsi pengalaman berkaitan topik yang diutarakan. Topiknya ialah ‘kain pasang’. Apalagi ramailah yang menghubungi untuk berkongsi pengalaman yang berkaitan dengan kain pasang. Ada cerita gembira, sedih, mencuit hati dan sebagainya. Tetapi semua yang saya dengar bercerita kaitan kain pasang dengan hari raya. Lama-kelamaan jadilah cerita nak menyambut raya walaupun asalnya cerita kain pasang. Tahun ini berapa pasang tempah baju, warna apa, sedondon atau tidak, kain pasang beli di mana, kain mahal atau kain murah dan bermacam-macam lagi.

Termenung saya seketika, timbul pula cerita raya, sedangkan puasa pun belum lagi. Sepatutnya bincanglah tentang persiapan untuk menyambut Ramadhan yang akan berkunjung tiba tidak lama lagi. Apakah persiapan yang perlu, azam untuk menambah kredit ibadat berbanding tahun lalu, atau apa sahaja yang dapat memberi manfaat di bulan Ramadhan. Sekurang-kurangnya para pendengar lain memperolehi juga serba sedikit panduan dan kebaikan yang dibincangkan.

Bulan Ramadhan bukannya lama, hanya sebulan sahaja. Sepatutnya kita berlumba-lumba mengambil atau merebut segala tawaran yang ada padanya. Bimbang benar tanpa sedar kita sengaja mensia-siakan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan. Bahkan lebih bimbang lagi jika kita tidak sempat untuk masuk ke dalam Ramadhan kerana ajal terlebih dahulu menjemput.

Tetapi salahkah perbicangan mereka itu? Tidak, saya tidak mengatakan ianya satu kesalahan, cuma agak janggal kerana berbicara mengenai hari raya sedangkan Ramadhan belum lagi bermula. Ya, sekadar cerita-cerita sahaja, setakat itulah seronok-seronoknya.

Namun, saya amat bersetuju dan menggalakkan jika kita membuat persiapan raya seawalnya, jika boleh sebelum Ramadhan lagi. Mungkin ada yang mengatakan saya ‘kemaruk’ benar hendak beraya. Belum apa-apa lagi dah mula menempah baju dan sebagainya. Sebenarnya jika kita bersiap awal-awal agar tidak mengganggu amal ibadat di bulan Ramadhan. Tidak perlu fikir tentang persiapan raya, hanya fokuskan pada menambah pahala. Jika tidak jadilah seperti yang berlaku pada tahun-tahun sebelumnya. Masuk 10 hari Ramadhan yang terakhir, masjid dan surau mulai lengang, yang tinggal pak imam, muazzin, siak serta dua tiga orang lagi. Yang lain sibuk menyiapkan persiapan raya.

Rugi!

Rasulullah saw insan yang mulia, diampunkan segala dosanya, pun begitu baginda serius dalam melakukan amalan ibadah dan lebih banyak dibanding hari-hari lainnya. Peningkatan ibadah di sini tidak terbatas pada satu jenis ibadah tertentu saja, namun meliputi semua jenis ibadah baik solat, membaca al-Quran, berzikir bersedeqah dan sebagainya. Rasulullah saw membangunkan isteri-isteri baginda agar mereka juga berjaga untuk melakukan amal ibadah. Ini kerana baginda berharap agar keluarganya juga dapat meraih keuntungan besar pada waktu-waktu utama tersebut.

Dan seperti yang kita ketahui pada malam-malam 10 terakhir inilah sangat besar kemungkinan salah satu di antaranya adalah malam al-Qadar. Suatu malam penuh barakah yang kebaikannya melebihi seribu bulan. Maka beruntunglah sesiapa yang berjaya mendapatnya. Insya-Allah, tekadkan azam dan semangat untuk menjadikan Ramadhan ini adalah yang terbaik!

Peringatan utama buat diri saya!

Tuesday 11 June 2013

Imam Mahdi Sudah Muncul di Iran?


Imam Mahdi Syiah = Dajjal ???

Iris - published by the Iranian news agency "Knight" image a few days ago and she awaited Mahdi, accompanied by the commander of the Revolutionary Guards, where the image received widespread on the Internet and sharp criticism from the other.

The Iranian agency confirmed the emergence of the Mahdi them, said Dr. Ali al-Rubaie, the world expert in the Bahraini "mentalities": "Fars news agency published an initial images of the Mahdi which Iran has announced his appearance and promised to broadcast his voice and high-tech image.

" He said they "awaited acknowledge that مهديهم, will not be a Muslim but will be on the Jewish religion and the law and the law of the Jews will judge the world according to their stories.

" As commented Ammar Mahdi, a political activist that Iran occur slur to events Lebleba in the region, and said it lies no truth to its existence at all.

He was Minister of Communications and Information Technology of Iran that it will broadcast the voice and image of the "Mahdi" using the Internet, which raised a lot of eyebrows and surprising.

Said Major General Mohammad Hassan Nami: "Today, with the development of technology that excels on optical fiber, can be used layers of the atmosphere for the transfer of audio and visual information, and we will send voice and image of our master Imam Mahdi to the world through these new classes.

" The remarks sparked a sensation in Iran, because it is beyond the scope of the familiar to the scope of hypocrisy and the usual Altakrev.

Sumber: http://hijabulcrewz.blogspot.com/2013/06/gempar-gambar-imam-mahdi-sudah-muncul.html 

Sunday 9 June 2013

Pulau Tawar, harapanku melihatnya dengan suasana yang berbeza

 Pulau Tawar (foto "recycle")

Setelah semalam anak saya yang kedua pulang ke PPTI Kemaman, hari ini anak sulong saya pula berangkat pulang ke asramanya di Jerantut. Saya cuma menghantarnya ke terminal bas , beliau akan menaiki bas ekspres ke bandar Jerantut kemudian bersambung pula dengan menaiki teksi menuju ke SMA Pulau Tawar. Nampak macam sukar juga kerana terpaksa bersalin kenderaan awam. Dulu saya ada juga bertanya kepada beliau, katanya mula-mula sahaja rasa kesukaran itu tetapi bila dah biasa jadi seronok pula. Lagipun bukan dia seorang sahaja, ramai lagi teman sekolahnya yang sama-sama menaiki teksi dari bandar Jerantut ke Pulau Tawar.

Selalunya mereka akan berkumpul beramai-ramai dan sama-sama bergerak dari bandar Jerantut dengan lima atau enam buah teksi, itu belum lagi termasuk teksi yang pergi juga ke Pulau Tawar tetapi berlainan sekolah. Macam berkonvoi pula. Sukar tetapi seronok, anak lelaki biarlah merasai sedikit kesusahan sekurang-kurangnya menambah pengalaman. Bahkan menuntut ilmu memang banyak kepayahan dan amat memerlukan kekuatan serta kesabaran. Barulah kita dapat merasai akan nikmat dan kepuasan setelah berjaya nanti, insya-Allah.

Imam Syafie rah. dalam syairnya telah menggariskan syarat-syarat untuk menuntut ilmu: “Wahai saudaraku, engkau pasti tidak akan mencapai ilmu kecuali dengan 6 perkara. Aku akan menerangkannya dengan memberitahu secara terperinci. Pertama, perlu ada kecerdikan, kehalobaan (minat yang tinggi), kesabaran, sempurna akal, bersahabat dengan guru dan panjang masa.”

Demikianlah peringatan yang disampaikan oleh Imam Syafie rah. kepada para penuntut ilmu.

Pulau Tawar tempat bersejarah

Sebelum ini saya tidak pernah ke Pulau Tawar, letaknya di mana. Yang saya tahu ia berada di dalam daerah Jerantut. Namun, “berkat” anak saya bersekolah di situ, maka sedikit sebanyak tahu beberapa jalan dan nama kampung di sekitarnya.

“Ini jalan sekian-sekian. Kampung ini namanya sekian-sekian, selepas ini kampung...kat sebelah tu ada...” begitulah keadaannya setelah entah berapa kali saya ke Pulau Tawar. Semuanya sudah dihafal, insya-Allah. Kalau ada yang saya tidak tahu pun mungkin yang tersorok atau terpencil.

Pulau Tawar adalah sebuah mukim tradisional yang terletak dipinggir Sungai Pahang. Dikatakan ianya mula-mula dibuka lebih kurang 200 tahun yang lalu oleh orang-orang dari Sumatera (Tok Malim Deman). Sekitar tahun 1850 hingga 1920 kampung ini sangat terkenal kerana menjadi tempat lahirnya perjuangan jihad para pahlawan-pahlawan Islam untuk menghalau penjajahan Inggeris dari bumi Pahang. Sultan Pahang bersemayam di Pulau Tawar sekitar tahun 1800-an setelah berpindah dari Pekan. Di sinilah lahirnya pahlawan Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau. Pada tahun 1970 , setelah sekian lama menghilangkan diri , Mat Kilau muncul kembali setelah mengistiharkan dirinya di Masjid Pulau Tawar.

Namun, saya agak kecewa kerana banyak tinggalan sejarah di sini yang terabai. Sedangkan ia mempunyai nilai sejarah yang boleh menjadi tatapan generasi akan datang. Di antara kesan tinggalan sejarah yang perlu di ambil perhatian ialah makam Mat Kilau, rumah kelahiran Mat Kilau, masjid Pulau tawar yang dibina oleh Mat Kilau, istana Sultan Pahang (kini diruntuhkan dan telah dibangun Sekolah Menengah Pulau Tawar), tapak pertemuan Sultan Pahang dengan para pembesar Pahang semasa British berusaha memujuk Sutan Pahang supaya menerima residen British dan bermacam-macam lagi.

Masjid lama Pulau Tawar tempat Pahlawan Mat Kilau mengisytiharkan dirinya

Saya berharap kerajaan Negeri Pahang di bawah exco yang terlibat dapat melakukan sesuatu agar nilai tinggalan sejarah ini tidak hilang di telan masa begitu sahaja. Mungkin kita dapat mencontohi keprihatinan kerajaan negeri Melaka yang telah membangunkan kampung Duyung, tempat kelahiran Hang Tuah. Begitu juga kerajaan negeri Kedah yang membangun Padang Mat Sirat, tempat kelahiran Mahsuri. Biarpun kewujudan mereka hanyalah satu lagenda menurut pendapat sesetengah pihak, tetapi tetap dibangun dan dipulihara dengan baik. Bahkan jika ke Pulau Pinang pula kita akan melihat tersegam indah rumah kelahiran P. Ramlee yang telah dibangunkan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang untuk tatapan generasi baru. Cemburu pula rasanya dengan keadaan ini.

Destinasi sejarah, selain memberi ‘input’ pengetahuan yang berharga kepada generasi akan datang, ia juga mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan kepada tempat tersebut.

Saya bukanlah orang Pulau Tawar dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan di Pulau Tawar. Hanya anak sulung saya sahaja yang sekarang sedang belajar di SMA Pulau Tawar. Saya mencatatkan ini atas dasar seorang rakyat Pahang yang terlalu meminati kajian dan tinggalan sejarah. Sayang pula jika sesuatu yang berharga itu (mungkin tidak bagi orang lain) disia-siakan begitu sahaja. Mudah-mudahan ia membuka mata pihak yang bertanggungjawab untuk mengambil perhatiannya.

abuikhwan: minat sangat-sangat sejarah...

Bicara santai: Cuti Ahad cuti Jumaat?


Hari ini adalah hari terakhir cuti persekolahan, semua pelajar yang tinggal di asrama akan pulang menyambung kembali persekolahan. Anak kedua saya telah pun pulang ke asrama semalam di Kemaman. Negeri Terengganu bersekolah pada hari ini kerana cuti hujung minggunya pada hari Jumaat.

Saya berpendapat alangkah baiknya jika cuti hujung minggu dapat diselaraskan pada hari Jumaat di seluruh negara. Benar, Islam tidak mewajibkan cuti pada mana-mana hari pun dalam seminggu, oleh kerana keadaan dan suasana masyarakat pada hari ini memerlukan cuti rehat dalam seminggu, maka bolehlah dipilih hari tertentu untuk dijadikan cuti mingguan.

Kita melihat di Malaysia ada negeri yang menetapkan hari Jumaat, dan ada negeri yang menetapkan hari Ahad sebagai cuti hujung minggu. Negeri-negeri seperti Perlis, Kelantan, Terengganu dan Kedah menjadikan hari Jumaat sebagai cuti hujung minggu.

Saya membaca di dalam laman fatwa negeri Perlis yang diputuskan pada 11 Mei 1988, namun ia tidak diwartakan, berbunyi:

“Hari cuti tersebut tidak boleh mengikut kebiasaan masyarakat Kristian yang bercuti pada hari Ahad dan merupakan hari penganutnya pergi ke gereja. Menjadikan hari Jumat sebagai hari bekerja menimbulkan banyak keburukan dan kesulitan seperti bagi pekerja kilang dan pelajar sekolah yang tidak dapat hadir ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sementara tindakan menjadikan Hari Ahad sebagai hari cuti mingguan adalah tindakan membesarkan hari tersebut sebagaimana penganut Kristian membesarkannya. Dengan berbuat demikian kita telahpun mengikut jalan dan jejak langkah mereka.

Sedangkan Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang menyerupai atau mencontohi cara hidup sesuatu kaum (bukan Islam) maka dia tergolong dari kalangan mereka.” 

Jika cuti hari Jumaat tidaklah terkejar-kejar masa untuk pergi ke masjid bagi menunaikan sembahyang Jumaat, kemudian tidak juga terkejar-kejar untuk masuk semula bekerja. Kalau seperti ini situasinya bagaimana mahu mendengar khutbah yang disampaikan dengan tenang. Dalam kepenatan bekerja kemudian tidak sempat mandi. Terus ke masjid duduk dibawah kipas, waktu tengahari pula, saya rasa kita banyak tidur daripada mendengar isi khutbah. Lainlah kalau orang itu tidak menunaikan sembahyang Jumaat.

Hari Jumaat juga mempunyai banyak kelebihan berbanding hari-hari yang lain. Kita disarankan agar banyak melakukan amal ibadat pada hari ini. Banyak hadis-hadis yang menyebut akan kelebihannya. Bahkan di dalam al-Quran sendiri Allah meletakkan satu surah yang bernama surah Jumaah.

Daripada Abu Hurairah ra, bahawasanya Rasulullah saw bersabda : “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seumpama mandi janabah(iaitu mandi penuh), kemudian dia pergi ke masjid, maka seumpama dia mendapat(pahala) seekor unta. Kemudian peringkat kedua seumpama (pahala)seekor lembu. Kemudian peringkat ketiga seumpama (pahala)kibas yang bertanduk. Kemudian peringkat keempat seumpama (pahala)ayam betina. Kemudian peringkat kelima seumpama(pahala)telur ayam. Apabila imam menaiki mimbar, maka malaikat (menutup buku catatan kehadiran dan terus ke mimbar )untuk mendengar khutbah.” (SAHIH BUKHARI MUSLIM) 

Harap-harap cuti hujung minggu negeriku ditukarkan kepada hari Jumaat...Insya-Allah.”

Thursday 6 June 2013

Aurat wanita tua ketika sakit & iddah wanita yang putus haid

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz.

1. Adakah pengecualian aurat kepada wanita yang sakit dan tua (terlantar atas katil), kawan-kawan yang bukan mahram selalu ziarah beliau. Atau sama sahaja seperti wanita yang sihat?

2. Adakah terdapat pandangan ulama (daripada man-mana mazhab) yang menyatakan iddah bagi wanita putus haid yang kematian suami adalah 3 bulan sahaja?

Jawapan:

Aurat wanita ketika sakit Bahagian badan yang wajib ditutup (yakni aurat), tidak harus didedahkan kepada orang lain yang haram melihatnya melainkan ketika darurat, antaranya ketika rawatan yang tidak dapat dielakkan dari membuka bahagian yang sakit untuk dirawat oleh doktor.

Hukum ini tidak ada beza antara wanita yang telah tua atau masih muda, yang sihat atau yang sakit. Yang harus melihatnya hanyalah doktor atau jururawat yang menjalankan rawatan sahaja.

Adapun pelawat, tidaklah harus melihatnya. Oleh kerana si pesakit mungkin tidak berdaya melaksanakan kewajipan menutup aurat tersebut atau ia tidak sedarkan diri, orang yang menjaganya (sama ada anak-anak atau orang lain) yang wajib memastikan ditutup auratnya. Jika tidak boleh ditutup auratnya atas nasihat doktor, hendaklah dibuka kepada kaum wanita dan lelaki-lelaki mahramnya sahaja untuk menziarahinya. Adapun lelaki yang bukan mahram hendaklah dihalang menziarahinya kerana menjaga hukum tadi.

Iddah wanita yang putus haid

Maksud iddah ialah tempoh menunggu yang diwajibkan Syariat ke atas wanita apabila berlaku perpisahan dengan suaminya di mana dalam tempoh menunggu tersebut tidak harus ia berkahwin lain hinggalah tamat tempoh yang ditetapkan. Sebab iddah ada dua:

1. Kerana penceraian

2. Kerana kematian suami

Bagi wanita yang diceraikan suami ketika ia telah terputus haid (yakni sampai umur putus haid)[1] atau belum didatangi haid (kerana masih kecil); iddahnya ialah 3 bulan berdalilkan ayat (yang bermaksud): “Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus asa dari kedatangan haid jika kamu keliru (yakni kamu jahil tentang hukum iddahnya), maka iddahnya ialah tiga bulan dan (demikian juga) perempuan-perempuan yang belum kedatangan haid (kerana masih kecil, iddahnya juga tiga bulan)” (Surah at-Talaq, ayat 4). Menurut mazhab Syafiie dan Hanbali; termasuk juga yang perlu ber-iddah tiga bulan ialah wanita yang berterusan keluar darah dari farajnya di mana ia tidak dapat membezakan lagi bila ia haid dan bila ia istihadhah.[2] (Tafsir al-Munir).

Adapun jika ia kematian suami; iddahnya ialah 4 bulan 10 hari berdalilkan ayat (yang bermaksud); “Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu bereddah selama empat bulan sepuluh hari” (Surah al-Baqarah, ayat 234). Hukum ini telah disepakati oleh para ulamak. Wallahu a’lam.

Rujukan:
1. Tafsir al-Jalalain, surah at-Talaq, ayat 4.
2. Tafsir Ibnu Kathir, surah al-Baqarah, ayat 228 dan surah at-Talaq, ayat 4.
3. Tafsir al-Munir, Dr. Wahbah az-Zuhaili, surah at-Talaq, ayat 4. 4. At-Talaq, Dr. Muhammad Ibrahim Hafnawi, hlm.377.
5. Tamam al-Minnah, Syeikh Adil al-‘Azzazi, 3/19.

Nota hujung: [1] Menurut mazhab Syafiie; umur putus haid ialah 62 tahun. Menurut mazhab Maliki; 60 tahun, mazhab Hanbali; 50 tahun dan Hanafi; 55 tahun. (Tafsir al-Munir)

[2] (A) Bagi wanita yang tidak didatangi haid dan tidak diketahui sebabnya –sedang umurnya belum lagi masuk umur putus haid dan ia juga telah dewasa-, bagi kes sebegini berdasarkan fatwa Saiyidina Umar: hendaklah ia ber-iddah (menunggu) hingga setahun iaitu; 9 bulan untuk hamil (yakni kemungkinan hamil) dan 3 bulan sebagai iddah yang ditetapkan dalam ayat tadi.

(B) Jika terputus haid dengan sebab yang diketahui seperti kerana menyusui anak, kerana suatu penyakit atau kerana lainnya (yang diketahui puncanya), hendaklah ditunggu hingga hilang sebab atau punca tersebut, kemudian hendaklah ber-iddah sebagaimana wanita normal (yang kedatangan haid, iaitu ber-iddah 3 kali suci) atau jika ia masuk umur putus haid hendaklah ia ber-iddah tiga bulan. Adapun jika sebab/punca tidak datang haid tadi telah hilang, namun haid masih belum datang juga sedang umurnya belum mencapai umur putus haid, dalam kes ini ia hendaklah mengikut fatwa Saiyidina Umar tadi iaitu menunggu hingga setahun.

(C) Wanita yang dibuang rahimnya, hukumnya sama seperti wanita yang mencapai umur putus haid kerana tidak ada kemungkinan lagi ia didatangi haid. Jadi eddahnya juga 3 bulan.
(Rujuk; Tamam al-Minnah, Syeikh al-Azzazi, 3/224).

Sumber: Ilmu dan Ulamak

Wednesday 5 June 2013

Cetusan rasa: Peringatan buat diri ini

 

Aku menulis...

Esok adalah perjalanan yang masih panjang. Seminit dari saat ini pun aku tidak mampu meneka, semuanya tidak jelas dan nyata. Apatah lagi mahu memikirkan hari esok.

Perasaan itulah yang sering bertandang, lalu berpintal-pintal mencuit fikiran, apakah aku sempat menjengah sinar mentari esok? Sedangkan kematian itu sering mengintai-ngintai di antara pejam dan celik.

Melihat dedaun kering yang berguguran, melayang-layang tanpa kemudi disapa sang bayu. Hati mula berdetik, dahulu daun itu asalnya tunas yang lembut, kemudian semakin membesar hijau warnanya. Hari yang berlalu, ia kemudiannya menjadi kuning dan seterusnya menjadi kering. Lalu ia terlerai dari tangkainya dan gugurlah ia ke bumi.

Demikianlah perumpamaan hidup manusia. Bagi diri ini juga, aku pun datang dan aku pun akan pergi. Tiada yang kekal di dunia ini kecuali Dia. Kebimbangan sentiasa menyelimuti diri, benar-benar merasakan masih belum mencukupi bekalan, sedangkan Junjungan mulia telah lama mengingatkan:

“Al kayyisu (orang yang bijak/cerdik) ialah siapa yang menghisab dirinya dan beramal dengan untuk bekalan selepas mati Sedangkan al ‘aajizu (orang yang gagal) adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan berangan-angan kepada (pemberian) Allah.” (Sunan Ibn Majah: 4260; Musnan Imam Ahmad: 124).

Dalam satu hadis yang lain disebutkan:

“Aku bersama Rasulullah, kemudian datang seorang lelaki dari Ansar, memberi salam ke atas nabi SAW kemudian berkata: siapakah mukmin yang paling baik. Jawab nabi: yang paling bagus akhlaknya. Dia bertanya lagi: siapa pula yang paling cerdik? Nabi jawab: Mereka paling banyak mengingati mati dan melakukan persediaan selepas itu, itulah orang yang paling bijak” (Sunan Ibn Majah:4259)

Membuat persediaan untuk mengadap Allah SWT adalah satu pelaburan jangka panjang yang sangat menguntungkan. Tiada perniagaan yang menawarkan keuntungan seumpama keuntungan mengingati mati. Namun kebanyakan manusia tertipu dengan kehidupan ini. Mereka terpedaya dengan kelazatan yang sementara, bahkan mereka menyangka begitu. Sedangkan akhir kehidupan adalah kematian yang terbentang dua jalan iaitu syurga dan neraka. Maka berbahagialah mereka yang di tempatkan di dalam syurga, sebagaimana disebutkan oleh Allah SWT:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (akan ditempatkan) di tempat tinggal yang aman sentosa. Iaitu di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya, Mereka memakai pakaian dari kain sutera yang halus dan kain sutera tebal yang bersulam; (mereka duduk di tempat perhimpunan) sentiasa berhadap-hadapan (di atas pelamin masing-masing). Demikianlah keadaannya; dan Kami jadikan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya. Mereka meminta – di dalam Syurga itu – tiap-tiap jenis buah-buahan (yang mereka ingini), dalam keadaan aman sentosa. Mereka tidak merasai kematian dalam Syurga itu selain daripada mati yang mereka rasai (di dunia) dahulu; dan Allah selamatkan mereka dari azab neraka; (Mereka diberikan semuanya itu) sebagai limpah kurnia dari Tuhanmu (wahai Muhammad); yang demikian itulah kemenangan yang besar.” (al-Dukhan: 51-57)

Manakala bagi yang engkar, tidak lain tempat kembalinya adalah neraka Allah yang tidak terbanding pedihnya azab seksaan.

Allah SWT berfirman:

“Ingatlah, sesungguhnya pokok Zaqqum, -(Buahnya) menjadi makanan bagi orang yang berdosa (dalam neraka). (Makanan ini pula panas) seperti tembaga cair, mendidih dalam perut, Seperti mendidihnya air yang meluap-luap panasnya. (Lalu diperintahkan kepada malaikat penjaga neraka): ‘Renggutlah orang yang berdosa itu dan seretlah dia ke tengah-tengah neraka. ‘Kemudian curahkanlah di atas kepalanya – azab seksa – dari air panas yang menggelegak’.(Serta dikatakan kepadanya secara mengejek): ‘Rasalah azab seksa, sebenarnya engkau adalah orang yang berpengaruh dan terhormat (dalam kalangan masyarakatmu)’(Kemudian dikatakan kepada ahli neraka umumnya): ‘Sesungguhnya inilah dia (azab seksa) yang kamu dahulu ragu-ragu terhadapnya!”(al-Dukhan: 43-50).

Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa membimbing kita semua ke arah jalan-Nya yang benar.

Sesungguhnya peringatan ini adalah lebih utama buat diriku yang seringkali lalai dalam kehidupan yang mempesona ini.

Tuesday 4 June 2013

Terima kasih, orang berbudi kita berbahasa...

Daging arnab

“Masak apa yang sedap daging arnab ni?” Saya bertanya kepada abang Azman, rakan sekerja saya pagi tadi. Bungkusan plastik yang berisi daging arnab berpindah tangan.

“Apa-apa pun boleh. Kari ke, rendang ke, goreng berempah pun sedap juga.” Jawab abang Azman. Walaupun berlainan jabatan tetapi kami sentiasa bertemu terutama di surau ketika mahu bersembahyang Zohor.

Hari ini abang Azman membawakan kepada saya seekor arnab. Bukan arnab hidup tetapi arnab yang telah disembelih serta siap dibuang kulit cuma belum dipotong kepada potongan yang kecil. Asalnya pada Jumaat lepas saya dengan nada berseloroh meminta seekor arnab yang dipeliharanya setelah beliau memberitahu saya bahawa beliau banyak memelihara arnab.

“Cepat betul membiak, dua bulan sekali beranak dalam lima atau enam ekor anak.” Katanya menerangkan. Saya pun tidak tahu sejak bila beliau mula memelihara arnab, sedar-sedar dia bercerita yang arnab peliharaannya semakin membiak.

“Kalau macam tu bawalah seekor, nak rasa macam mana dagingnya, sedap atau tidak.” Saya berseloroh. Sebelum ini pun saya tidak pernah makan daging arnab kecuali burger arnab, itupun cuma sekali dua sahaja.

“Boleh, nanti abang bawakan.” Kata abang Azman.

“Eh, saya bergurau saja.” Malu pula rasanya. Memang saya hanya bergurau dengan abang Azman. Lagipun kami memang biasa bergurau-senda baik di tempat kerja ataupun ketika bersua di luar.

“Tak apa, lagipun abang memang nak sembelih yang jantan, banyak sangat.”

“Kalau macam tu abang tolong sembelihkan terus ye, saya tak sampai hati. Tak tergamak tengok matanya tu kasihan, mukanya pun baik sangat.” Saya memberitahu kepada abang Azman. “Walaupun dulu nenek moyangnya pernah bersikap sombong sewaktu perlumbaan dengan kura-kura tapi itu cerita lama. Tak ada kena mengena dengan arnab yang ini.” Abang Azman tersenyum mendengar gurauan saya.

Tak sangka pula beliau bersungguh dan membawakannya pada hari ini.

Sebut tentang arnab, saya teringat satu kisah yang pernah saya baca iaitu mengenai golongan Syiah Nusairiyyah di bandar Serinyol, Antakiya yang mengharamkan pemakanan arnab kerana kepercayaan tahyul mereka terhadap hubungan Saiyidina Ali dengan arnab. Entahlah, saya pun tidak pasti dari mana kepercayaan itu.

Serinyol terletak tidak jauh dari pusat bandar Antakya. Dikatakan bandar Antakiya menjadi pertikaian di antara Turki dan Syria. Masing-masing mendakwa ia adalah milik mereka.

Hari ini Serinyol merupakan kampung penginapan golongan Syiah Alevi (Alawiyyin) aliran Nusairiyyah yang sangat melampau. Golongan Alevi ini dikatakan hidup merempat di zaman Othmaniyyah, lantaran polisi Othmaniyyah yang amat keras terhadap Syiah. Mereka sering dijadikan hamba abdi dan tidak mempunyai hak untuk memiliki harta. Namun selepas kejatuhan kerajaan Othmaniyyah, golongan Alevi ini bangkit. Malah hingga salah seorang daripada mereka berjaya menjadi Presiden Syria iaitu Hafiz al-Asad.

Itu kisah yang pernah saya baca.

Tetapi pada hari ini regim Hafiz al-Asad sedang galak membantai rakyatnya tanpa belas kasihan yang dianggapnya sebagai pengganas untuk menggulingkan pemerintahannya. Saya berdoa mudah-mudahan Allah SWT mempermudahkan urusan serta memberikan kemenangan kepada para tentera Pembebasan Rakyat Syria.

Ucapan terima kasih


“Terima kasih abang Azman atas daging arnab ini.” Terharu dengan kesungguhannya. Bukan setakat sembelih, tetapi siap buang kulit pula.

Berterima kasih adalah fitrah setiap manusia. Ia adalah akhlak mulia yang menjadikan pergaulan dan persahabatan lebih mesra. Ucapan terima kasih adalah anugerah Allah SWT kepada para hamba-Nya untuk melaksanakan peranan khalifah di muka bumi ini.

Di dalam kehidupan sehari-hari kita tidak terlepas daripada mengucapkan terima kasih. Kita mempunyai banyak sebab untuk berterima kasih. Kita banyak menerima bantuan dan pemberian daripada orang lain ketika menjalani kehidupan seharian. Kita tersesat jalan, lalu ada yang membantu menunjukkan arah, kita berterima kasih kepadanya. Begitu juga kepada posmen yang menghantar surat, pemungut sampah yang memungut sampah di hadapan rumah kita, begitu juga pemandu bas atau teksi yang memberhentikan kenderaannya di saat kita menahannya.

Hari ini ada orang yang bersikap tidak mahu berterima kasih atas alasan sememangnya apa yang dilaksanakan itu adalah tanggung jawab, memang itu kerja mereka, jadi tidak perlulah berterima kasih. Ada pula yang mengatakan, bersyukur kepada Allah sudahlah. Begitulah antara pandangan yang dilontarkan apabila bercakap soal 'terima kasih'.

Benar. Tetapi bagaimana mereka memilih untuk tidak berbuat demikian. Contohnya jika pemandu bas atau teksi tidak mahu berhenti semasa kita menahannya sedangkan diwaktu itu kita kesuntukan masa sedangkan kenderaan kita rosak. Atau si posmen memilih untuk membuang surat kita, lebih-lebih lagi surat itu amat penting.

Contoh yang lebih besar lagi, cuba kita renungkan, kita semua ada ibu dan bapa. Mereka ialah insan yang bertanggungjawab mencari nafkah membesarkan kita, memberikan tempat tinggal, duit belanja, membeli baju baru dan segala keperluan serta memberikan pendidikan dan agama yang terbaik kepada kita. Pernahkah kita mengucapkan terima kasih atas apa yang telah dilakukan itu? Atau kita masih mahu mengatakan itu memang tanggungjawab mereka. Ingatlah, orang yang tidak tahu menghargai tidak patut dihargai.

Terima kasih, kalimah yang pendek dan ringkas, tetapi natijah amat besar. Ia menunjukkan akhlak kita serta menggambarkan kehalusan budi kita.

Ia juga sebagai tanda menghargai dan kegembiraan kepada mereka yang membantu kita. Cuba sesekali kita ucapkan terima kasih yang tulus daripada hati yang paling dalam. Lihatlah kegembiraan mereka dengan penghargaan ini. Renungkanlah pula ke dalam hati kita, bukankah dengan kegembiraan mereka kita juga turut merasa gembira? Mengucapkan terima kasih dengan benar-benar ikhlas, hakikatnya kita bersyukur kepada Allah SWT.

Dalam satu hadis riwayat Imam Tirmidzi ada menyatakan: "Tidaklah berterima kasih kepada Allah sesiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia". Demikian sabda Rasulullah saw dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dengan sanad yang sahih dalam al-Adab al-Mufrad, Hadis No: 218.

Justeru ringan-ringankanlah lidah untuk mengucapkan terima kasih, mudah-mudahan kita termasuk di kalangan orang yang bersyukur kepada-Nya. Insya-Allah.

Sunday 2 June 2013

Tiada titik noktah padanya


Hari ini saya tidak ke mana-mana kerana tiada program yang perlu dihadiri. Alhamdulillah bolehlah saya menghabiskan lebih masa bersama keluarga, lebih-lebih lagi anak-anak semuanya ada bersama balik dari asrama.

Kebiasaannya hujung minggu di antara hari yang agak sibuk dengan program-program kebajikan. Jarang saya berada di rumah, kadang-kadang sehingga ke luar kawasan. Namun kesibukan pada hujung minggu bukanlah sesuatu yang mahu saya rungutkan, sebaliknya kerja-kerja kebajikan yang dilakukan adalah seumpama menyemai benih, yang hasil tuaiannya akan dinikmati pada ‘esok’nya. Sentiasa saya menggenggam kemas ingatan ini di dalam hati.

Lama saya termenung melihat deretan buku-buku di dalam almari. Buku-buku ini banyak nostalgianya. Sebahagiannya ada yang saya gunakan sewaktu zaman belajar dahulu. Padanya ada bau. Bukan bau harum tetapi bau rindu, padanya juga ada bau hiba yang seringkali singgah di perasaan.

Ingin rasanya saya meminta: “Ya Allah, betapa indahnya kenangan lalu. Janganlah diputarkan masa agar masa lalu tidak berlalu.”

Namun, masa tetap berjalan dan berjalan. Hanya kenangan sahaja yang masih segar seperti dahulu.

Lalu saya memunggahnya kembali untuk membersihkan habuk-habuk yang terlekat. Sambil membersihkannya saya membelek-membelek helaian-helaian beberapa buku. Tersenyum saya tatkala tersua nota-nota kusam dengan sedikit contengan, meredakan kepeningan barangkali ketika bergulat di medan tempur menadah ilmu. Teringat firman Allah SWT:

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang Mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka dapat berjaga-jaga.” (al-Taubah: 122) 

Dalam ayat ini Allah SWT menggunakan kalimah nafara kepada para penuntut ilmu, kalimah yang biasanya digunakan dalam mengungkapkan soal berjihad perang di jalan Allah. Tentunya Allah SWT menggunakan kalimah nafara ini perlu di fikir dengan sebaiknya. Sesungguhnya Allah SWT mahu kita melihat bahawa menuntut ilmu amat memerlukan perancangan dan persediaan yang serapinya, sama seperti dengan keluar ke medan perang.

Sungguh besar makna ungkapan kalimah nafara yang Allah SWT gunakan. Menuntut ilmu seumpama keluar berjihad di medan perang. Itulah yang perlu kita semua renungkan.

Daripada Anas ra katanya, Rasulullah saw bersabda: “Sesiapa yang keluar menuntut ilmu, maka dia berada di jalan Allah sehingga dia kembali.” (Riwayat at-Tirmidzi)

Berdasarkan hadis di atas juga menjelaskan bahawa menuntut ilmu agama sama dari segi kedudukannya dengan berjihad di jalan Allah. Ini dikira sama kerana tujuannya adalah sama iaitu memelihara agama Islam dan sentiasa memastikannya berada di tempat yang tinggi. Dan tujuannya yang pasti ialah niat kerana Allah SWT semata-mata.

Tiada titik noktah

Proses menuntut ilmu tiada titik noktahnya, ia sentiasa berlanjutan sehinggalah kita mengadap Allah SWT. Menuntut ilmu terbahagi kepada secara formal seperti sekolah, kolej atau universiti, manakala mendengar kuliah ceramah, tazkirah dan sebagainya juga adalah proses menuntut ilmu tetapi secara tidak formal.

Tidak benar jika kita mengatakan setelah habis sekolah lalu bekerja maka proses belajar telah pun tamat. Tidak! Bahkan kehidupan yang kita tempohi juga adalah satu proses pembelajaran secara tidak langsung. Kita belajar daripada pengalaman yang dilalui sehingga disebut “Pengalaman adalah guru yang terbaik.”

Sesungguhnya setiap apa yang saya lalui di zaman belajar dahulu adalah nikmat Allah yang indah dan besar hikmahnya. Ada di antaranya dipenuhi tanda tanya. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak diketahui oleh para hamba-Nya. Pengalaman dan pengajarannya begitu halus dan dan baru kini saya mengerti sedikit demi sedikit apa yang tersirat disebaliknya.

Firman Allah SWT: "

Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." (Luqman: 27)

Saturday 1 June 2013

Hogoh Pahang Hogoh!


Malam ini, saksikan aksi saingan pusingan kedua bolasepak Piala FA di antara pasukan Tok Gajoh menentang pasukan Harimau Selatan untuk mengisi satu lagi slot ke perlawanan akhir.

Sepatutnya perlawanan berlangsung pada 28 Mei yang lalu tetapi terpaksa ditunda ekoran berlaku sedikit kekecohan. Kali ini, Stadium Nasional Bukit Jalil dijadikan gelanggang berkecuali bagi memastikan lebih ramai penyokong kedua-dua pasukan menyaksikan aksi perlawanan yang dijadual bermula pukul 8.45 malam.

Tentunya para peminat bolasepak tempatan khususnya bagi kedua-dua pasukan tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan persis perlawanan akhir ini.

Secara peribadi saya amat mengharapkan agar kedua-dua pasukan dapat mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi. Begitu juga kepada penyokong kedua-dua pasukan yang telah pun berkampung di venue sekarang ini, jadilah penonton baik dan matang serta mengenepikan sebarang insiden berunsur provokasi. Kitakan sama-sama rakyat Malaysia!

Hogoh Pahang Hogoh!

Bicara Ini Demi Ilahi

Firman Allah SWT di dalam surah az-Zumar ayat 18 yang bermaksud:

"Yang berusaha mendengar perkataan-perkataan yang sampai kepadanya lalu mereka memilih dan menurut akan yang sebaik-baiknya (pada segi hukum agama); mereka itulah orang-orang yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang berakal sempurna."

Sesungguhnya Allah SWT telah mengisyaratkan kepada kita bahawa untuk meraih hidayah ke jalan kebenaran tidak lain adalah mendengar, membaca, membahas perkataan-perkataan baik seperti kuliah, ceramah, majlis diskusi ilmu yang bermanfaat, kerana ilmu adalah penyuluh hati.

Justeru, Nabi Muhammad saw pernah bersabda: "Jadikanlah dirimu sebagai seorang yang alim tentang urusan agama, atau seorang yang suka belajar, atau seorang yang suka mendengar, atau golongan pencinta dengan individu-individu di atas, dan janganlah menjadi golongan kelima pasti hidup akan jadi binasa." (Riwayat Imam Thabrani daripada Abu Bakrah)

Sehubungan itu, sebagai Muslim yang rindukan kasih sayang Allah, kita amat perlukan sandaran motivasi khususnya dari mereka yang bertaraf murabbi (pendidik), iaitu mereka yang bukan sahaja dianugerahkan Allah ilmu dan kefahaman, akan tetapi berusaha beramal dengan ilmu-ilmu yang diperolehinya.

BICARA INI DEMI ILAHI, hasil karya seorang murabbi yang tersohor tanah air, di mana buku ini sarat dengan pesanan bersifat motivasi yang mampu meninggalkan kesan positif dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Tidak keterlaluan jika buku ini boleh disifatkan sebagai nota membangun jati diri membahaskan tujuh 'Bicara Ini' yang menjuruskan kepada pembangunan nurani, akhlak. anak-anak, ummah, kebahagiaan yang telah hilang daripada diri kita, persiapan menghadapi hari pengadilan

Mudah-mudahan dengan memiliki buku ini, kita mampu melakukan perubahan ke arah kehidupan yang lebih bermakna di sisi-Nya.   
    

Tajuk : Bicara Ini Demi Ilahi
Penulis : Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
Penerbit : Karya Bestari
M/S : 289
 Harga : SM 19.90 / SS 22.90

ALLAH Maha Benar. 
Firman-Nya benar dan janji-Nya juga benar. 
Cuma ada kala, sebagai hamba kita terlupa  merenungi kalam-Nya, al-Quran.
Ya, di situlah kita mengenali diri, di situ jugalah kita kenal siapa DIA... 

Seorang Muslim, langkahnya adalah perjuangan. 
Fikirannya adalah tajam. Bicaranya adalah kebaikan. 
Ya, bicara yang penuh berhemah. 
Namun, ada yang kurang mengerti. 
Teguran disangka bisa. Nasihat dikatakan tiada gunanya. 

Maka biarkanlah diri ini berbicara hanya demi DIA, Maha Pencipta. 
Moga BICARA INI DEMI ILAHI mampu menjentik rasa 
untuk kita membimbing diri, menjadi Mukmin sejati. 
Mudah-mudahan hidup di dunia diberkati, 
di akhirat pula Jannah menanti. Insya-ALLAH. 

Antara Pengisian Menarik: 

-Izinkan Aku 
-Berbicara Bicara Ini Demi DIA 
-Bicara Ini Demi Umat Bicara Ini Demi Nurani 
-Bicara Ini Demi Akhlak 
-Bicara Ini Demi Anak Kita 
-Bicara Ini Demi Hari Pengadilan Andai Mampu Aku Bicara Lagi

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang telah menciptakan"