Sahabat Sejati

Monday 31 October 2022

Andai kutahu.. (tazkirah kematian)

foto hiasan

Beginilah keadaan didalam keranda apabila kita mati nanti.. 

Perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata.. 

Mampu mendatang rasa ketakutan kepada kita yang melihat.. 

Mampu menghadirkan rasa keinsafan dalam diri sendiri.. 

Sedarlah wahai kalian yang melihat.. 

Tiada seorang pun diantara kita bakal terlepas dengan kematian.. 

Di saat roh telah dicabut daripada jasad.. 

Dunia sudah tidak ada nilainya kepada kita.. 

Tiba waktunya kita bersendirian menghadap Allah SWT.. 

Kita hanya mengharap doa yang datangnya dari keluarga.. 

Doa dari anak-anak yang soleh.. 

Ketika itu kita tidak lagi memerlukan wang yang banyak.. 

Kita tidak perlu lagi jawatan yang besar atau kedudukan yang tinggi.. 

Hanya roh berseorangan kembali menghadap Allah SWT.. 

Jangan berhenti dari bertaqwa kepada Allah.. 

Jangan berhenti dari membuat kebaikan.. 

Jangan mendekati perkara yang mungkar.. 

Dibimbangi apabila tiba masanya kita menghadapi kematian.. 

Kita tidak akan bersedia melihat keadaan-keadaan yang lebih buruk daripada itu.. 

Sekadar perkongsian dan mengingatkan diri sendiri tentang kematian 

kredit: Al Haq Akhir Zaman

Sunday 30 October 2022

Kata al-Quran tentang usia..

foto hiasan

 1. Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam... kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia. ( Qs. Hud : 15-16 ) 

2. Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... kerana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk melihat Akhirat. ( Qs. Al Isra:72 ) 

3. Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita... kerana Allah sedang mengajar kita bahawa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tidak pernah mengecewakan. ( Qs. Al Lukman : 22 ) 

4. Semakin bertambah usia semakin gugur gigi-gigi kita... kerana Allah sedang mengingatkan kita bahawa suatu hari kita akan gugur ke dalam tanah selamanya. ( Qs. Ali Imran : 145 ) 

5. Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita... kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawa kita akan diambil. ( Qs. An Nisa : 78 ) 

 6. Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita... kerana Allah sedang ingatkan kita kain kafan yang putih. ( Qs. Ali Imran : 185 ) 

7. Begitu juga hati kita... semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia. ( Qs. Al-An'am : 32 )

kredit: Bacaan al-Quran

Tuesday 25 October 2022

Sahihkah berkenaan payung emas?

'foto hiasan'

Berkenaan dengan payung emas, tidak terdapat di dalam al-Qur’an ataupun al-Hadis tentang payung emas. Ini bermakna, payung emas adalah satu rekaan semata-mata dan ia hanyalah satu perspektif yang tidak benar. 

Di dalam al-Qur’an memang terdapat ayat-ayat yang menyentuh tentang alam perkahwinan atau hubungan sesama suami dan isteri tetapi payung emas tidak disebut sama sekali. Begitu juga dalam al-Hadis, ada disebut tentang kelebihan seorang isteri yang mentaati suaminya dan sabar dalam menghadapi alam rumah tangga. 

Contoh ayat al-Qur’an yang bercerita tentang hubungan sesama suami dan isteri adalah: Firman Allah SWT:

 فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ 

Maksudnya: “Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana Allah telah memelihara mereka”. (An-Nisa:34)

Di dalam sebuah hadis, daripada Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw bersabda:

 إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا، دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الجَنَّةِ شِئْتِ 

Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, puasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya dan ta'at kepada suaminya, Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang anda kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, 9/471] 

Kesimpulannya, terdapat banyak lagi ayat al-Qur’an dan al-Hadith yang menceritakan tentang kelebihan hidup berumah tangga dan juga hubungan sesama suami dan isteri tetapi tidak terdapat sepotong ayat al-Qur’an atau al-Hadis yang menceritakan tentang payung emas sebagaimana yang didakwa.