Foto: FB Ustaz Riduan Mohd Nor
Nakbah membawa maksud malapetaka besar. Secara rasminya kemuncak peristiwa Nakbah berlaku pada 15 Mei 1948. Pada petang 14 Mei 1948 bendera Union Jack diturunkan di Palestin dan sebagai gantinya berkibarlah bendera ‘The Star of David’ dan pada keesokan harinya iaitu pada 15 Mei 1948 negara haram Israel diisytiharkan oleh perdana menterinya yang pertama David Ben Gurion.
Kenapa peristiwa Nakbah ini wajar mendapat perhatian kita sebagai umat Islam?
Sebabnya ialah kerana inilah tragedi kemanusiaan terburuk abad lalu yang direstui oleh masyarakat antarabangsa. Tragedi ini bukan sahaja dirancang oleh pertubuhan Zionis antarabangsa bahka
n mendapat kelulusan rasmi dari kuasa-kuasa barat dan penaja kepada PBB iaitu British dan Amerika Syarikat. Tragedi Nakbah menyaksikan 800,000 rakyat Palestin diusir dari rumah-rumah dan tanah air mereka dan duduk di khemah-khemah pelarian sehingga hari ini. Jumlah mereka kini sudah mencecah lebih dari 5 juta orang dan sehingga kini mereka tidak mendapat sebarang pembelaan termasuklah dari negara-negara umat Islam.
Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mencadangkan memisahkan tanah Palestin kepada negara Yahudi dan negara Arab, satu rancangan yang ditolak oleh masyarakat Arab. Mandat British ke atas Palestin sepatutnya berakhir pada 15 Mei 1948, tetapi kepemimpinan Yahudi, diketuai oleh bakal Perdana Menteri David Ben-Gurion, telah mengisytiharkan kemerdekaan pada 14 Mei. Kemerdekaan Israel dengan cepatnya diiktiraf oleh Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan banyak negara lain.
Pada akhir Mei 1948, 6,000 tentera Syria, 4,500 Iraq, 6,000 Transjordan, 1,000 Lubnan dan 5,000 Mesir telah melancarkan serangan terhadap negara Israel yang baru lahir. Namun, mereka ditewaskan oleh Israel yang berjaya menawan hampir setengah wilayah yang diberikan oleh PBB kepada penduduk Arab serta Baitulmuqaddis Barat. Dalam perjanjian gencatan senjata, Genting Gaza diserahkan kepada Mesir, manakala Tebing Barat diserahkan kepada Jordan, dan tanah di bawah Mandat British di Palestin sebelumnya menjadi milik Israel. (Wikipedia)
2 comments:
salam shbt.mmg ramai kwn blog yg share peristiwa ni.para belia juga perlu byk muhasabah diri dgn membaca peristiwa ini sbb rasanya malaysia pun dah semakin tenat dgn pelbagai gejala negatif.sbg umat islam kita kena bersatu-padu tanpa mengira fahaman politik :)
betul tu perlu muhasabah diri, bimbang sesuatu yg tidak diingini berlaku telah pun byk berlaku di negara kita...bermacam-macam gejala negatif semakin berleluasa...
Post a Comment