Hari ini adalah ulangtahun kelahiran anakandaku Wan Nur Irsalina @ angah.
Saya bukanlah bapa mithali, tetapi bapa yang biasa-biasa sahaja. Biasa-biasa yang ada baik dan buruk. Tetapi perasaan seorang bapa melihat anak-anak membesar di depan mata, melihat perkembangannya, pada akhlaqnya dan peribadi yang terbentuk. Harapan seorang bapa agar anak-anak menjadi manusia, itulah kejayaan hidup dan matiku...duhai cahaya mataku.
"Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenang hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertaqwa." (al-Furqan: 74)
Sesungguhnya doa yang dititip dari kalamullah ini amat besar maknanya. Aku menadah tangan, merayu agar dicampakkan hidayah agar menjadi insan yang bertaqwa, kerana yang paling bertaqwa sahaja yang layak menjadi imam bagi makmum yang bertaqwa.
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah daripada manusia dan batu.....(at-Tahrim: 6)
0 comments:
Post a Comment