Alhamdulillah. Seperti tahun-tahun sebelumnya, misi dakwah diteruskan. Membawa misi "KAMI ADALAH DUTA PENYELAMAT DAN KASIH SAYANG" kami menyantuni golongan muda dalam usaha untuk memberi kesedaran dan keinsafan daripada terjerumus dalam kegiatan yang tidak bermoral sempena sambutan valentine. Kami mensasarkan lokasi yang dikenalpasti menjadi tumpuan golongan muda termasuk pasangan kekasih, iaitu kawasan Teluk Cempedak, Taman Gelora dan Taman Esplanade. Kami mengedar risalah dakwah, memberi nasihat dan tazkirah dengan niat beramal.
Misi dakwah ini bukanlah untuk menahan mereka, jauh sekali untuk mengambil tindakan ke atas pasangan yang berdua-duan sebaliknya menegur mereka dengan cara berhemah. Seboleh-bolehnya kami tidak akan menimbulkan perasaan kurang senang pasangan yang ditemui dan kami meminta kebenaran sebelum menyampaikan risalah dan sedikit tazkirah lebih kurang seminit dua.
Alhamdulillah, tiada insiden yang tidak baik berlaku. Kebanyakan pasangan yang ditemui memberikan kerjasama dan mengucapkan terima kasih di atas nasihat yang diberi.
Semoga misi dakwah ini dapat diteruskan di masa-masa akan datang. Kepada Allah jua kami semua kembalikan urusan kerana Dialah sebaik-baik pemberi balasan.
Risalah Dakwah Malam Valentine
Para petugas yang menyertai misi dakwah ini
Bacaan doa memohon keselamatan dan dipermudahkan dalam menyampaikan risalah dakwah
abuikhwan...
0 comments:
Post a Comment