Sahabat Sejati

Saturday, 12 February 2011

Berakhirnya satu lagi rejim diktator

Tahniah! Tahniah rakyat Mesir!

Berakhirnya era pemerintahan diktator selama 3 dekad

Akhirnya berundur seorang lagi diktator yang memegang tampuk pemerintahan kuku besi selama 30 tahun. Selama 18 hari rakyat berhimpun di Medan Tahrir, meruntuhkan tembok ketakutan yang menghimpit mereka.



Sesungguhnya rakyat telah muak dengan tindak-tanduk zalim rejim diktator Hosni Mubarak yang menyeksa rakyat. Dihimpit kesusahan akibat kos sara hidup yang semakin melonjak, kadar pengangguran yang tinggi dan mual dengan keganasan pihak keselamatan, maka berlakulah apa yang telah berlaku.

Masih kita ingati...

Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.


Daripada an-Nu’man bin Basyir, beliau berkata, suatu hari kami duduk-duduk di masjid Rasulullah S.A.W. Basyir (bin Saad) adalah seorang yang tidak banyak bercakap. Lalu datang Abu Tsa’labah dan beliau berkata…, wahai Basyir bin Saad, apakah …kamu menghafal Hadith Rasulullah S.A.W tentang kepimpinan (al-Umara’)? Lalu Hudzaifah berkata, aku menghafal khutbah Baginda S.A.W. Lantas Abu Tsa’labah al-Khashniyy duduk dan Huzaifah berkata, Rasulullah S.A.W bersabda:

“Kenabian akan berada bersamamu selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian akan tiba pula zaman Khalifah di atas Manhaj Kenabian selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian datang pula zaman raja yang menggigit (Malikun ‘Aadhon) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.

Selepas itu muncul pula zaman raja yang diktator (Malikun Jabriyyah) selama mana ia dikehendaki oleh Allah, kemudian Dia mengangkatnya ketika mana Dia mahu mengangkatnya.

Kemudian akan hadir pula zaman Khilafah di atas manhaj Kenabian..” (HR.Ahmad dari Nu’man bin Basyir, Musnad Ahmad:IV/273, Al-Baihaqi, Misykatul Mashobih hal 461. Lafadz Ahmad).

Firman Allah SWT:

“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” [Aal 'Imraan 3: 26]

Benar janji-Mu!



Sumber foto: Internet

0 comments:

Post a Comment