Sahabat Sejati

Friday 11 February 2011

Cinta di langit GAZA


"PALESTIN saat ini ditimpa badai dan ancaman yang datang sekonyong-konyong iaitu 'Zionisme' (as-Sahyuniyah) yang telah mengatur tipu daya mereka, menyusun rencana untuk merampasnya. Mereka mahu merampasnya dan mengYahudikannya....."

Tajuk : Cinta di langit GAZA
Penulis : Ustaz Riduan Mohd Nor
Penerbit : Jundi Resources (1706325-W)
Harga : RM20.00 / RM25.00
M/S : 291

Cinta di langit GAZA adalah sentuhan peribadi penulis berdasarkan pengalaman menyertai dan menyaksikan sendiri penderitaan rakyat Palestin khususnya di Gaza ketika menganggotai misi Muslim Care (sebuah NGO) pada 2009. Pendedahan yang beliau buat ibarat mencoret pengalaman ketika menyaksikan kekejaman Yahudi yang diluahkan di dalam bukunya ini.

Cinta di langit GAZA adalah kecintaan individu Muslim terhadap saudaranya yang dihimpit kemurungan dan penderitaan akibat dari sekatan bantuan makanan, ubatan, pakaian dan sebagainya.

Cinta di langit GAZA adalah sebuah novel Islami yang memuatkan bingkisan kisah benar yang terjadi menerusi pelbagai pengalaman pahit menyaksikan sendiri dengan mata kepala, betapa dahsyatnya bangsa Yahudi yang tidak pernah memiliki hati kemanusiaan.

Cinta di langit GAZA adalah suka duka penulis yang diabadikan dengan harapan akan bangkit perasaan simpati kepada saudara yang seagama dan seaqidah.

Mudah-mudahan Cinta di langit GAZA akan membangkitkan rasa sedar dalam diri bahawa di sana ada yang memerlukan sesuatu dari kita.

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu!

2 comments:

Bintu Sazali said...

Subhanallah..sebelum ni dah review sikit2 ttg isi buku nih. Sgt menarik dan mengujakan! lebih2 lg part perbezaan wanita Plestin dan Mysia. wah, mmg sgt berbeza...

abuikhwan said...

Elhamdulillah, buku yang amat sesuai dibaca. Saya telah pun membeli melalui penulisnya sendiri. Amat mengujakan...

Post a Comment