Sahabat Sejati

Tuesday, 9 September 2014

PIMPIN AKU KE SYURGA


Tajuk : PIMPIN AKU KE SYURGA
Penulis : Afdholul Rahman
Penerbit : Karya Bestari 
Muka surat : 384
Harga : RM19.90

Secara umumnya, naskhah PIMPIN AKU KE SYURGA ini mengumpulkan 64 buah artikel yang bertemakan anak muda dan perubahan. 

Isu anak muda yang sering kali dikaitkan dengan perubahan. Ini disebabkan anak muda semangat yang membara dan tenaga yang kuat untuk merealisasikan cita-cita. Bahkan, kita semua pasti melalui fasa-fasa hidup sebagai seorang anak muda. Kita ini akan, sedang dan telah melaluinya. 

Anak muda yang sedang berada di fasa ini merupakan tulang belakang kepada corak masyarakat pada masa hadapan. Jika tulang belakang ini dijaga sebaiknya, maka masyarakat yang lahir pastilah baik juga. Jika patah tulang ini, maka rosaklah masyarakat yang akan datang. Maka itu, anak muda hari ini perlu dijaga dan dididik dengan sewajarnya bagi membentuk peribadi yang diingini Sang Pencipta. 

Kita mahukan anak muda yang ada padanya iman, yang, mampu mencetuskan perubahan kepada dunia. Ramai sudah orang yang melalui masa muda, tetapi mensia-siakannya begitu sahaja. Ada yang dihabiskan pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya. Sedangkan semua itu telah memperkecilkan potensi yang ada pada diri. Justeru, isu anak muda dan perubahan tidak mungkin dipisahkan. 

Itulah yang cuba disampaikan melalui buku ini bahawa anak muda sangat berkait rapat dengan perubahan. Tetapi, biarlah perubahan itu digerakkan di atas paksi iman.

Bacalah dengan menyebut nama Tuhan-mu yang telah menciptakan

5 comments:

Kakzakie said...

Betul! kerana anak mudalah yg bakal menjadi pemimpin di masa akan datang. Kalau iman tidak dipupuk bagaimana mahu meneraju kepimpinan (tak kiralah institusi keluarga mahupun kepimpinan organisasi besar). Boleh porak-peranda dan tunggang-langgang aqidah.. Sekarang ni pun takut kakak tengok environment di negara kita..

Kakzakie said...

Ada peluang kakak nak cari buku ini buat anak-anak kakak.
Terima kasih info.

Qaseh Vee said...

generasi pelapis perlu beperwatakan lebih muslim supaya dapat menghadai cabaran hebat abad ini ...

abuikhwan said...

kakzakie: betul sangat2...kalau tidak dipupuk sekarang, akan datang tentu teruk lagi...

apapun selamat mencari buku ini...

abuikhwan said...

Qaseh vee: apa pun semuanya kena kembali kepada agama, tetapi environment sekarang ini seperti tidak menarik ke arah itu...bagai dikata,dunia semakin hari semakin hebat cabarannya sedangkan kekuatan diri tidak seberapa...Allahu rabbi

Post a Comment