Sahabat Sejati

Tuesday 30 July 2019

Daulat Tuanku!

Merafak sembah ucapan setinggi-tingginya tahniah.


#bangga sebagai anak Pahang

Friday 19 July 2019

Hari ini 19 Julai..

9 Julai 2019 (Jumaat) bersamaan 16 Zulkaedah 1440.. Masih merakab di bumi Tuhan.

Puji-pujian buat Ilahi, di atas belas ehsan dan kesantunan-Nya, diri ini masih diizinkan untuk menghirup udara, makan dan minum rezeki kurniaan-Nya, menikmati kehidupan ini dengan penuh kebaikan. Sedangkan semua itu hanya sedikit yang dipinta dalam munajat doa.

Masa terus berjalan meninggalkan semua kenangan. Pantasnya masa berlalu menghabiskan sisa-sisa usia yang ada pada diri manusia.

Ya Allah, rahmatilah daku, berkatilah kehidupanku..

Saturday 13 July 2019

Dah masuk gear 5..!

Dua hari lepas kami mendapat berita daripada pihak Yayasan Amal Pusat, qurban di Sudan dan Uganda terpaksa dibatalkan. Ini berikutan berlakunya pergolakan di kedua negara tersebut. Tentunya keadaan ini akan membahayakan keselamatan para petugas. Justeru, penempatan pelarian Rohingya di kem Coxbazar Bangladesh menjadi pilihan kedua sebagai ganti.

Teringat apa yang telah berlaku beberapa tahun yang lalu sewaktu melaksanakan misi qurban dan aqiqah di sebuah negara benua Afrika. Peristiwa lori yang membawa lembu-lembu dirompak di pertengahan jalan ketika dalam perjalanan menuju ke lokasi penyembelihan. 

Allahu, hanya Dia yang Maha Tahu bagaimana perasaan ketika itu. Walau bagaimanapun semuanya berakhir dengan baik. Mahu tak mahu kenalah menggantikan semula lembu-lembu yang telah dibawa lari. Hari kedua terpaksalah menggunakan khidmat anggota tentera sebagai pengiring dalam perjalanan.

Demikianlah di antara asam garam dalam melaksanakan misi ini. Walaupun berhadapan dengan beberapa peristiwa seperti dirompak, karenah birokrasi, kepenatan yang ditahap 'gaban' dan bermacam-macam lagi, sesungguhnya manis dan indahnya tetap ada. Yang manis dan indah inilah sentiasa menambah rasa untuk melakukan kerja-kerja sukarelawan ini. Alhamdulillah.    

Tahun ini kami mensasarkan sebanyak 200 ekor haiwan korban. Satu cabaran yang perlu disahut. Masing-masing sudah pun pun menggerakkan 'gear 5'. Walaupun ia tampak seakan agak sukar juga, namun dengan usaha yang maksima mungkin dan berkat doa daripada sahabat-sahabat, mudah-mudahan ia berjaya dicapai. Amiinn ya Allah.  

Alhamdulillah, tahun ini, program waqaf al-Quran di masukkan sekali dalam misi qurban ini. Biasanya ia digerakkan di luar musim qurban. Tetapi mesyuarat baru-baru ini telah memutuskan untuk dimasukkan sekali.

Program waqaf al-Quran legih tertumpu di negara-negara sebelah Afrika. Jika melihat keadaan al-Quran yang mereka gunakan benar-benar menerbitkan rasa sebak. Bayangkan al-Quran yang mereka gunakan sangat uzur dan ada pula hanyalah lembaran yang ditulis pada kepingan papan. Namun, sangat teruja dengan semangat dan kesungguhan mereka untuk mempelajari  dan menghafal al-Quran. 

Moga Allah SWT memudahkan urusan dan merahmati usaha kami dalam membantu saudara seagama. Amiinn. 



#sumber foto: Yayasan Amal Malaysia Wilayah

Saturday 6 July 2019

Friday 5 July 2019

Doakan semuanya baik-baik aja!


Assalamualaikum sahabat-sahabat dan salam Jumaat yang diberkati.

Alhamdulillah, masih diberikan keizinan untuk bersiaran setelah agak lama menyepi. Tidaklah terlalu lama, tetapi keadaan sebegini agak menggusarkan saya. Memang selepas aidilfitri tidak banyak yang dapat dicoretkan. Malahan berkunjung ke 'laman' sahabat-sahabat pun tidak dapat saya lakukan. Ini menambahkan lagi kegusaran tersebut.

Seminggu aidilfitri berlalu, saya dan rakan-rakan YAMCP mula 'bersibuk-sibuk' dengar rutin 'wajib' setiap tahun. Tidak lain iaitu program pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah di luar negara. Rentetan kesibukan tersebut saya semacam melupakan pondok kecil abuikhwan ini. 

Insya-Allah, tahun ini, Sabah, India dan beberapa negara benua Afrika seperti Chad, Sudan, Uganda, Cameroon serta beberapa negara minoriti umat Islam serta beberapa  negara yang ditimpa musibah mejadi lokasi pelaksanaan ibadah qurban dan aqiqah.

Mengikut peranncangan yang telah dimuafakatkan, dua hari sebelum aidiladha, maka berlepaslah para petugas dan sukarelawan ke lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Mohon doakan mudah-mudahan diberikan keselamatan dan dipermudahkan semua urusan berkaitan.