(foto hiasan tiada kena-mengena dengan artikel)
Peperiksaan UPSR kertas Sains di seluruh negara terpaksa ditunda pada 30 September 2014, gara-gara kertas soalan peperiksaan yang bocor. Rasanya semua telah mengetahui akan berita ini. Boleh dikatakan setiap tahun pasti berlaku insiden ini. Baik UPSR, PMR, SPM dan sebagainya. Kalau dulu-dulu tidak terdengar pun perkara sebegini. Hmm, semakin canggih dunia dan kehidupan, semakin hilang moral kemanusiaan.
Siapalah yang punya angkara...
"Bijak tetapi tidak jujur menipu, jujur tetapi tidak bijak ditipu. A pada Akademik tetapi F pada Akhlak..."
Dunia-dunia...
*Namun hikmah tetap ada. Takkan apa yang Allah SWT taqdirkan sia-sia sahaja. Sekurang-kurangnya dapatlah calon peperiksaan mengulangkaji semula, kan panjang lagi masa tu... (dengar cerita kertas peperiksaan Bahasa Inggeris pun bocor juga)
*Namun hikmah tetap ada. Takkan apa yang Allah SWT taqdirkan sia-sia sahaja. Sekurang-kurangnya dapatlah calon peperiksaan mengulangkaji semula, kan panjang lagi masa tu... (dengar cerita kertas peperiksaan Bahasa Inggeris pun bocor juga)
4 comments:
assalam...kasihan pada anak-anak n guru guru yg bertungkuslumus mencari kejayaan secara jujur tapi ternyata dalam exam UPSR pun ramai yg menipu dgn niat masing2...
kadang2 berlaku begini ... guru2 yg spot soalan periksa kat tuition juga class . secara kebetulan soalan tu sama dgn peperiksaan ... bila ditunda , hikmahnya , para pelajar ada masa nak study lagi ... semoga para pelajar dpt menjalani dengan tenang dan bersemangat nanti ...
Kak Paridah: begitulah keadaannya. kesian kat pelajar-pelajar tapi hendak buat macamana...harap-harap semuanya akan berjalan lancar...
Qaseh Vee: hikmahnya memang begitu, ada la masa utk mengulangkaji semula, tapi ramai pelajar yang down moralnya dengan keadaan ini...apapun pasti ada kebaikan yang kita tidak nampak disebalik apa yang berlaku...
Post a Comment