Sahabat Sejati

Friday 6 January 2023

Rehat Minda: Pesan Murabbi 127

 Assalamualaikum dan salam Jumaat yang diberkati.

Tuesday 3 January 2023

Program Dapur Rakyat - Bantu mangsa banjir di Terengganu

Bertempat di Masjid Pengkalan Ajal, Ajil, Terengganu, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang bersama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu berganding bahu menyediakan makanan masak bagi membantu mangsa-mangsa banjir.

 

Program Dapur Rakyat yang dilaksanakan ini mengagihkan kira-kira 300 pek bungkus makanan tengahari dan malam kepada mangsa banjir yang dalam proses mencuci rumah dan juga kepada para petugas sukarelawan yang datang membantu.

 

Sumbangan Dapur Rakyat ini bagi menyatakan komitmen Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang dalam membantu mereka yang terjejas akibat bencana banjir ini.
 
 
 
Tanpa sumbangan daripada para dermawan tidak mungkin kami dapat menyediakan semua ini. Penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat. Hanya Tuhan yang dapat membalas kebaikan ini.
 

 Anda hulur kami salur.