Sahabat Sejati

Sunday, 20 November 2011

Hati...sukar dimengertikan


Hati ini terlalu unik, hati ini amat sukar untuk dimengertikan. Ada ketika tenang dan tenteram. Kadang-kadang ia resah dan gelisah. Ada masanya ia bagaikan kosong tidak terisi.

Ada waktunya ia gagah dan perkasa, walaupun datang ujian bersilih ganti, walaupun ada kata-kata yang menggigitnya, namun ia tetap teguh tak terusik bak batu karang di tengah samudera.

Namun diwaktu ia lemah dan longlai, walaupun kata-kata yang sama diucapkan, ianya bagai dihiris sembilu. Bisanya menusuk hingga lubuk yang paling dalam.

Benarlah, hati itu berbolak-balik sifatnya bagaikan masakan di atas dapur yang mendidih dan menggelegak.

Itulah uniknya hati...benar-benar sulit dimengertikan.

يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك
"Ya Allah, Tuhan yang membalik-balikkan hati maka tetapkanlah hati kami pada agamamu."

4 comments:

||aLeaSaRa|| said...

salam sggh!hurmm hati tgh gelisah tadi...tapi berkat berzikir alhamdulillah :) tenang jua akhirnya.

Srikandi permata said...

Assalamualaikum,
tajuk yang menarik, ringkas & padat..
Ketaatan kepada kehendak Allah adalah ciri orang yang me­miliki hati sebagai seorang hamba.

NURUL NADIAH MAMAT said...

terlalu lemah bila berhadapan dengan masalah hati...moga sentiasa dalam kesabaran...

abuikhwan said...

sayangi hati...

Post a Comment