Sahabat Sejati

Wednesday 22 June 2016

Alhamdulillah, hidayah di atas jalan-Nya

Islam adalah agama yang telah disempurnakan oleh Allah SWT untuk sekelian hamba-Nya. Sesiapa sahaja yang beramal segala tuntutannya iaitu dengan mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya dalam segala ruang kehidupan, pasti akan memperolehi kejayaan dan kemuliaan.

Telah dikeluarkan oleh at-Thabrani dan Abu Nu`aim di dalam kitab al-Hilyah dan al-Hakim dari Abu Sa`labah al-Khusaini bahawa Rasulullah saw telah kembali dari satu ghuzwah kemudian baginda saw memasuki masjid dan bersolat dua rakaat di dalamnya. Ini adalah amalan yang disukai oleh baginda saw apabila kembali dari safar. Baginda saw akan singgah terlebih dahulu di rumah Fatimah rha. kemudian rumah isteri-isterinya. 

Pada suatu hari, baginda saw telah kembali dari berdakwah dan singgah di rumah anaknya Fatimah rha. dan disambut oleh Fatimah sambil menangis. Rasulullah saw bertanya kepada beliau: “Apakah yang menyebabkan engkau menangis?” Jawab Fatimah: “Aku melihat wajah ayahanda, telah bertukar warna kulitmu (akibat susah payah berdakwah kepada agama) dan kotor pakaianmu, apakah yang menyebabkan ayahanda berbuat demikian?” 

Rasulullah saw menjawab: “Sesungguhnya aku telah diutus oleh Allah SWT dengan tugas ini, di mana tidak akan tinggal sebuah rumah di bandar mahu pun di desa melainkan Allah SWT memasukkan ke dalamnya kemuliaan ataupun kehinaan sehingga tersebar (agama ini) sebagaimana malam itu tersebar sehinggalah tabir malam itu tersingkap.” 

Maksud ucapan baginda saw ialah setiap ahli rumah yang menerima agama ini dan mengamalkannya, maka Allah SWT akan memuliakan mereka. Sebaliknya sesiapa yang menolaknya maka mereka akan ditimpa kehinaan di dunia dan akhirat. 

Sesungguhnya Allah SWT dengan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim, telah menganugerahkan kemuliaan dengan meletakkan kalimah Laa ilaha illallah ke dalam hati-hati kita. Bahkan ianya diperolehi tanpa kita menempuh sebarang kesukaran. Tatkala kita dilahirkan ke dunia ini, kalimah membesarkan dan mentauhidkan Allah SWT di bisikkan ke telinga. Mudahnya kita menerima Islam ini dengan mewarisinya daripada ibu dan bapa. Tidak seperti sesetengah mereka yang terpaksa menelan jalan kesusahan dan kepayahan, kadang-kadang terpaksa bergadai nyawa demi sebuah hidayah. 

Jika kita menelusuri sirah para sahabat, tentu kita akan melihat bagaimana keperitan dan penderitaan mereka dalam mempertahankan aqidah ini. Seumpama kisah Saiyidina Bilal, di mana dia dibaringkan di atas padang pasir yang panas membakar. Kemudian sebiji batu besar telah ditindihkan ke dadanya. Dia dipaksa untuk kembali kepada kekafiran. Lihat pula pengorbanan Khabab al-`Arat yang diseret di atas bara api yang menyala sehingga darah dan nanahnya memadamkan bara api tersebut. 

Kata Saiyidina Umar ra: "Kita adalah kaum yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam, jika kita mencari kemuliaan selain daripada Islam maka kita akan dihina oleh Allah." 

Ini ditegaskan lagi oleh Allah SWT dengan firman-Nya: "Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." (Ali-Imran: 85)

Mudah-mudahan Allah SWT sentiasa menetapkan kita semua di atas jalan-Nya yang Maha Benar itu. Amiinn..

4 comments:

saniahibrahim said...

Assalamualaikum ustaz
Alhamdulillah dapat tambah ilmu akak pagi ni.
Semoga kita sentiasa mencari keredhaan Nya.

Kakzakie Purvit said...

Sungguh keimanan para syuhada dulu tidak ada tolok bandingnya dgn umat sekarang. Mereka dulu menempuh ujian hingga menggadai nyawa/diri. Kita ni lahir-lahir dah Islam. Namun perlu juga kita ingat yg iman tak boleh diwarisi begitu saja tanpa dibaja dan diamalkan. Macam juga pokok jagung subur belum tentu benih yg ditabur akan menghasilkan jagung yg subur juga. Kena baja dan dijaga rapi baru jagungnya subur sama.

Wallahua'alam..

LYAfrina said...

salam Ramadhan...
tqsm atas perkongsian ilmu n pgetahuan y amat bermanfaat ini..

paridah said...

ASSALAM MOGA SHT SJHTRA SEKELUARGA BERIBADAH DI BULAN BERKAH...TKSH PERKONGSIAN ILMU YG MNYGARKAN JIWA

Post a Comment