foto hiasan ~ sumber
Sempat juga malam ini menjengah dan mencoret sesuatu di pondok kecil abuikhwan. Biasanya selepas terawih, sibuk pula dengan urusan kebajikan dan dakwah. Mengemaskini dan menyusun apa-apa yang patut untuk diisi pada bulan yang berkah ini. Sememangnya serasa tidak cukup kaki tangan dengan program yang telah disusun. Semuanya saya harapkan menjadi ganjaran bonus yang kekal di sisi-Nya. Amiinn.
Alhamdulillah, jemaah terawih di tempat saya masih bertahan bilangannya. Ramainya sehingga melimpah keluar surau. Kanak-kanak pun ramai juga. Walaupun suasana agak berwap, namun saya merasa seronok bersembahyang beramai-ramai. Itulah nikmat ukhuwwah fillah, walaupun ramai juga yang tidak saya kenali. Pemandangan biasa di mana-mana masjid dan surau di awal Ramadhan. Tunggulah apabila Ramadhan hampir berakhir, tinggallah beberapa kerat yang masih istiqamah. Saya tidak menuduh, tetapi menyebut berdasarkan pengalaman lampau. Harap-harap tahun ini biarlah suasana itu dapat bertahan sehingga ke hari Ramadhan yang terakhir. Harap-harap.
Saya pula dalam hati kecil, memohon mudah-mudahan diberikan daya dan upaya untuk menghabiskan Ramadhan ini dengan sebaiknya. Yalah, jika tidak kena gaya saya pun boleh terkulai layu di rumah, di saat sahabat-sahabat yang lain sibuk beribadat di masjid. Hati kita bukan boleh diteka, sekejap sahaja boleh berubah. Hari ini rajin, boleh jadi esok malas pula. Hari ini graf iman naik mencanak, hari esok jatuh merudum. Siapa tahu? Oleh itu, sentiasalah meminta kepada Allah SWT, kerana DIAlah yang berkuasa memegang hati-hati manusia.
"Ya Allah, tetapkan hati ini di atas jalan-Mu...amiinn"
4 comments:
Assalamualaikum ustaz
Begitu lah biasanya di masjid2 jika dah akhir ramadhan sudah semakin lengang ,
Semoga kita dapat beristiqamah menjalani ibadah di bulan ramadhan ini.
Assalamualaikum ustaz
Begitu lah biasanya di masjid2 jika dah akhir ramadhan sudah semakin lengang ,
Semoga kita dapat beristiqamah menjalani ibadah di bulan ramadhan ini.
Kakak rasa mana-mana pun samalah AI
Semakin Ramadhan kian menghilang jemaah yg terawih semakin menipis. Kita cuma boleh berharap yg ianya akan lebih baik. Yg penting diri kita dah keluarga kita yg bawah tanggungjawab kita ni kita mahu terus istiqomah..
Salam Ramadan ustaz n famili semoga diberi kshtan yg baik semunya n dpt menjalani ibadah wajib n sunat di bulan yg mulia sebaiknya...sentiasa istiqamah insyaAllah.
Post a Comment