Sahabat Sejati

Tuesday, 17 June 2014

Suami enggan bekerja dan mengabaikan nafkah

Soalan:

Apakah hukumnya kalau seorang suami yang masih muda dan cergas lagi menggangur. Beliau tidak langsung mahu mencari pekerjaan sungguh pun si isteri sudah berkali-kali menasihatkan dia untuk mencari apa saja pekerjaan tidak kira pendapatan atau gajinya kecil dari gaji isteri. Si isteri yang bekerja terpaksa membiayai semua perbelanjaan rumah dan anak termasuk makan minum suaminya walau pun pendapatan isteri kecil.

Jawapan:

Bismillah.
1. Apabila seorang lelaki telah berkahwin dan berkeluarga, wajib dia menanggung nafkah isteri (*sekalipun isteri kaya atau bergaji) dan juga anak-anaknya mengikut yang sepatutnya, merangkumi tempat tinggal, belanja makan, pakaian dan sebagainya dari keperluan hidup.

Sabda Nabi saw: “Ketahuilah bahawa hak mereka (yakni isteri-isteri kamu) ke atas kamu (yakni yang mesti kamu tunaikan) ialah kamu menyediakan dengan baik (keperluan) makanan dan pakaian untuk mereka” (Sunan at-Tirmizi; 1163, dari ‘Amru bin al-Ahwash ra. Menurut at-Tirmizi, hadis hasan soheh).

Oleh itu, amat perlu seorang suami mempunyai pekerjaan atau sumber pendapatan yang membolehkannya menunaikan kewajipan memberi nafkah tersebut.

2. Isteri sekalipun kaya dan bergaji, tidak dituntut menanggung nafkah dirinya dan keluarga (termasuk membiayai perbelanjaan rumah dan anak-anak) kerana itu adalah tanggungjawab suami. Suami tidak berhak memaksa isteri membelanjakan wangnya atau gajinya untuk perbelanjaan keluarga, kecuali dengan kerelaan isteri untuk membantu suami. Keengganaan isteri dalam hal ini tidak dianggap nusyuz.

3. Atas sebab pengabaian nafkah oleh suami, isteri berhak menuntut cerai dari suami atau membuat tuntutan kepada Qadhi.

Wallahu a’lam.

(Sumber : Ilmu dan Ulama)

1 comments:

Qaseh Sayyidah said...

Assalamualaikum......saya suka tajuk yang diatas ni kerana ia sama seperti apa yang saya lalui. Hidup berumahtangga sudah 4 tahun lebih. tetapi segala belanja keluarga, saya yg kena tanggung. Bila saya nasihat suami untuk kerja, dia akan marah dan naik angin. Bila saya menolak untuk bersama kerana dia enggan bekerja dan tidak pernah beri nafkah. Dia kata saya akan berdosa jika menolak untuk bersama dengannya. Dia tidak bagi nafkah dan sering meminta-meminta wang dari saya dan enggan bekerja tidak berdosakah. Bila saya minta untuk berpisah...dia tuduh saya curang dengan dia....sepanjang saya hidup dengan dia, saya x pernah bersembang ataupun menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Saya tidak sanggup lagi bila saya harus sara dia serta adik beradik dia juga. gaji saya cuma RM600 ja sebulan. kalau saya tidak berikan pada adik beradik suami saya duit juga, saya akan dikutuk dan dimaki. dia akan memalukan saya dihadapan orang. Saya diminta menggantikan kesemua jumlah apa yang telah saya dan anak saya makan dirumah mertua saya. Bagi ustaz....adilkah hidup saya begini?

Post a Comment