فَأَقِيْمُوا الصَّلاَةَ إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِيْنَ كِتَابًا مَوْقُوْتًا
"Maka dirikanlah olehmu akan sembahyang sesungguhnya sembahyang itu difardhukan ke atas orang mukmin pada waktu yang ditetapkan." (an-Nisa’: 103)
Solat adalah salah rukun Islam. Ia merupakan tiang yang menegakkan agama, atau ibadah pengabdian kepada Allah SWT yang paling utama. Namun berapa ramai umat Islam hari ini yang meninggalkannya.
Ya, tidak mudah mendirikan solat, kerana Allah SWT sendiri menyatakan bahawa solat itu amat berat melainkan bagi orang-orang yang khusyuk.
Sebab itu kita tidak pelik jika sekiranya ada orang yang sanggup bertahan untuk berpuasa selama 13 jam tetapi mengabaikan solat yang hanya sekitar 10 hingga 15 minit.
Anehkan?
Yang mewajibkan solat dan puasa adalah Tuhan yang sama, tetapi mengapa ada pemisahan.
Sesungguhnya rukun Islam itu berkaitan antara satu sama lain serta saling lengkap melengkapi. Jika salah satu daripada rukun itu tidak dilaksanakan, maka pincanglah agama.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang paling mula-mula dihisab pada seorang hamba di hari Kiamat daripada amalannya ialah solat. Sekiranya solatnya baik, maka dia akan berjaya dan selamat. Sekiranya solatnya rosak, maka dia akan kecewa dan rugi”. (Riwayat at-Tirmizi, an-Nasaei dan Ibnu Majah).
2 comments:
Assalamualaikum ustaz.
solat perkara utama yg akan dihitung diakhirat kelak,moga diri istiqamah melakukannya begitu juga untuk keluarga.doakan ya ustaz.
Insya-Allah, kita sama-sama memohon...kerana hidayah dan taufiq adalah milik-Nya.
Post a Comment