Sahabat Sejati

Sunday, 21 August 2011

Jangan Buruk Sangka Pada Tuhan



Jiwa yang penuh kasih sayang akan melahirkan seorang pengasih. Jiwa yang dibangun dengan kekentalan akan membentuk seorang juara. Jiwa yang terasuh dengan pengorbanan akan membina seorang pejuang. Jiwa yang terisi ilmu bermanfaat akan menemani seorang pemikir. Jiwa yang sentiasa kuat tidak akan membenci episod kegagalan kerana ianya adalah sebahagian daripada pengalaman perjalanan sebuah kehidupan.

Jiwa yang sering berkecai akan memadamkan seri wajah. Jiwa yang kekontangan kasih akan terasa sakit bila melihat kasih sayang. Jiwa yang lemah akan senang mengalah. Jiwa yang rosak akan sentiasa buruk sangka pada takdir andai ditimpa kegagalan atau musibah.

Sebuah karya motivasi. Membacanya seolah anda sedang menilik cermin tentang sikap diri dan masyarakat.

Tajuk : Jangan Buruk Sangka Pada Tuhan
Penulis : Zulnaidi Yaacob
Penerbit : MUST READ SDN BHD
M/S : 132
Harga : SM 18.00 / SS 21.00

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan!

2 comments:

Nazihah@Jiha said...

Assalamualaikum ustaz.

terima kasih kerana memperkenalkan buku ini :)
insyaAllah akan dicari untuk dibeli.

Bersangka baiklah dengan Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang.KeampunanNYA mendahului murkaNYA

abuikhwan said...

Benar...sentiasa bersangka baik dan memohon kebaikan..

Post a Comment