Sahabat Sejati

Sunday, 2 January 2011

Misi dakwah malam tahun baru

Assalamualaikum wrm sahabat semua.

Dua hari berada di luar kawasan kerana terlibat dengan program Amal, selama itulah tidak dapat memblog. Sibuk!

Kehidupan adalah seumpama satu kembara. Seringkali kita tenggelam timbul dalam kesibukan yang menjadi alasan utama, itulah yang biasa meniti di bibir mulut. Kesibukan mengharungi jadual kehidupan sehingga kadang-kadang menjadi tidak keruan, bagaimana mahu mencontohi junjungan besar Rasulullah saw yang sememangnya paling sibuk. Bagaimana baginda dapat melaksanakan tugas dunia dan tidak melupakan tuntutan akhirat sama sekali. Tentu ada formulanya...

Baginda ketua negara
Baginda ketua keluarga
Baginda ketua angkatan perang
Baginda seorang suami
Baginda seorang bapa
Baginda seorang sahabat
Baginda pencinta golongan miskin

Baginda lebih sibuk dari saya...

Misi dakwah

Seperti tahun-tahun sebelumnya, misi dakwah diteruskan. Membawa misi "menerang bukan menyerang" kami menyantuni orang ramai di kawasan Teluk Chempedak. Mengedar risalah dakwah, memberi nasihat dan tazkirah dengan niat beramal, kami benar-benar merealisasikannya. Ada yang tersenyum menerima, ada sinis dengan wajah yang mencuka, tidak kurang yang marah-marah, itulah lumrah dalam dakwah "Kami adalah Duta Penyelamat dan Kasih Sayang" meredakan kebimbangan kami.

Disisi yang lain, menerjah kebimbangan yang cukup tajam di dalam fikiran saya untuk berkongsi pengalaman pahit manis membantu masyarakat sekeliling. Kenapa? Saya bimbang hati ini mudah tergelincir ke dalam jurang gelap riyak dan bangga diri yang bakal menghanguskan pahala. Saya curiga pada diri sendiri, kerana saya tahu sedikit sifat riyak sudah mampu memufliskan saya di akhirat kelak.

Namun saya cuba redakan dengan mematrikan sekukuhnya di dalam diri, perkongsiaan ini adalah sebagai satu suntikan motivasi kepada sahabat-sahabat sekelian untuk sama-sama menuai bakti. Ya! untuk sama-sama menuai bakti sementara hayat di kandung badan.

Allah jua Maha Pembalas semua kebaikan...


Berkumpul mendengar taklimat dan berdoa semoga misi dakwah ini berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang mehnah.


Salah seorang sahabat Amal yang turut sama


Sebahagian sahabat Amal yang terlibat


Suasana sebelum detik 12 malam


Salah seorang sahabat Amal sedang mengedarkan risalah dakwah


Ramainya umat manusia


Salah seorang pengunjung yang datang kerana mahu melihat gelagat manusia. Alhamdulillah beliau bersetuju untuk bergambar dan katanya mahu pulang sebentar lagi




Sahabat yang dikenali dengan panggilan Hafiz, meminta risalah dari saya untuk di edarkan kepada orang ramai. Jazakallah.

2 comments:

||aLeaSaRa|| said...

salam ziarah,alhamdulillah atas usaha saudara dan rakan2 sekalian.pedulikan pandangan sinis dan penerimaan -ve,teruskan usaha.Allah sentiasa di sisi hamba-Nya yang berjuang menegakkan kebenaran...amin!

abuikhwan said...

Pada-Nya jua dipohonkan kekuatan...

Post a Comment