Kadang-kadang saya memikirkan betapa Ramadhan semakin hilang serinya. Ramadhan yang sepatutnya menjadi pesta ibadah mula bertukar menjadi pesta juadah.
Hakikatnya nafsu sahaja yang begitu membuak-buak tatkala melihat pelbagai juadah terhidang. Apatah lagi dengan sikap masyarakat yang berlumba-lumba berkongsi bangga di laman-laman media sosial.
Saya tidaklah bemaksud ingin menafikan persoalan mencari rezeki dengan berniaga di bulan yang mulia ini. Ia bukanlah sesuatu yang salah. Namun, apa yang dikhuatiri bukan sahaja isu pembaziran, tetapi penyimpangan budaya yang semakin kronik hingga menjadikan Ramadhan sebagai pesta juadah, bukannya pesta ibadah.
Menambah kegusaran saya apabila membaca laporan yang dikeluarkan Solid Waste Management Corporation (SWCorp), iaitu satu badan yang menyelia sisa pepejal dan pembersihan awam menunjukkan rakyat Malaysia membuang kira-kira 17,800 tan makanan setiap hari (2018).
Menurut kajian itu juga, sepanjang Ramadan setiap tahun, rakyat di negara ini membuang 270,000 tan makanan yang “tidak diusik” dan masih boleh dimakan. Bayangkan makanan sebanyak ini boleh dimakan oleh berapa ramai mangsa kebuluran di seluruh dunia.
Justeru, sudah tiba masanya umat di Malaysia melakukan proses penjernihan pemikiran dan budaya dengan mem’pesta’kan Ramadhan dengan ibadah dan bukannya sibuk dengan percaturan juadah semata-mata.
Moga hari-hari yang Ramadhan yang dilalui dapat kita sama-sama meningkatkan amalan ibadah hanya kerana Allah SWT.
2 comments:
Isu yg sama sekian lama, masyarakat masih enggan berubah, puasa hanya sekadar menahan lapar dan dahaga, sebab tu bila time berbuka nafsu makan tu tak twrkawal, padahal perut tu taklah sebesar manapun..
sbb tu jarang sgt ke bazar ramadhan, klu pergi pun cuma membeli air atau sejenis kuih... selalunya lbh suka msk sendiri yg cukup2 utk mkn ber3 je
Post a Comment