Hari ini Ramadhan sungguh dingin.
Hujan turun mencurah-curah sejak waktu subuh sehingga ke jam 8 pagi, kemudian turun lagi sejurus azan asar dilaungkan sehinggalah ke santak maghrib. Petir dan kilat silih berganti. Suara katak pula galak bersahutan memanggil hujan agar turun lagi
Cuaca sebegini menimbulkan pula rasa sayu di hati menyambut kedatangan bulan Ramadhan kali ini. Namun terselit juga rasa syukur dan gembira kerana masih diberi kesempatan untuk memasuki Ramadhan tahun ini. Tuhan dengan belas kasihan-Nya masih lagi meminjamkan nafas ini. Berapa ramai sahabat yang telah pergi tanpa sedikit pun mengetahui bahawa Ramadhan yang lalu adalah yang terakhir buat mereka.
Apakah saya dapat menghabiskan Ramadhan kali ini hingga ke penghujungnya? Wallahu a`lam, tentunya saya tidak dapat memberikan apa-apa jawapan. Kehidupan ini adalah milik mutlak-Nya. Sebanyak mana usia yang masih berbaki hanya Dia yang Maha Mengetahui.
Namun, pastinya saya sentiasa memanjatkan bahasa doa agar dapat menghabiskan Ramadhan sehingga ke akhirnya, dan diterima semua amalan yang dipersembahkan. Demikianlah saat bersantai-santai damai, seringkali saya membisikkan kepada teman halusinasi diri.
Hujan masih turun rintik-rintik tatkkala saya menapak pulang daripada menunaikan solat tarawih. Lirikan dan rintihan detak hujan yang menimpa jalan seolah-olah berbicara dan bercerita panjang. Meniti titian Ramadhan tahun ini, hati terpahat pada memoir zaman silam. Peri hidup masa lampauku yang semakin jauh ditinggalkan.
3 comments:
Alhamdulillah Ramadhan ini Allah rezekikan hujan juga..di awal pagi menjelang waktu bersahur..syukur..ada ketikanya setiap hari berturut..ada ketika berselang seli.
Rezeki hujan seharian.
Kat sini panas sepanjang hari.
betul tu, kitakan tahu bilakah ramadhan terakhir kita....
seronok nya kalu masa ujung minggu tu hujan seharian di bulan puasa, ddk rumah je pun takpe... rasa tenang tp tulah ada rasa syahdu kalau sesekali kita ddk sendiri sambil melihat titis2 hujan
Post a Comment