Syaaban sudah pun melabuhkan tirainya di penghujung. Ramadhan pula menyelak jendelanya. Setelah setahun berlalu, maka bulan yang penuh rahmat dan keberkatan ini memunculkan dirinya. Menggamit-gamit para perindu dan pencintanya agar merangkul erat penuh mesra.
Bagaimana kita menyambut kedatangan Ramadhan? Gembira? Mengeluh? Tiada rasa apa-apa? Setiap orang pasti ada jawapannya yang tersendiri. Di kelompok manakah kita berada. Tepuk dada tanya iman di dalam dada.
Alhamdulillah, bagi perindu Ramadhan, kedatangan bulan ini menjadi satu peluang untuk menambah-nambah amal. Terlalu banyak hadis Rasulullah saw yang menceritakan kelebihan bulan ini. Di antaranya,
Daripada Abu Hurairah ra, lagi bahawa Rasulullah saw bersabda: "Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Daripada Abu Hurairah ra, lagi bahawa Rasulullah saw bersabda: "Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Namun ada juga yang menggusarkan saya. Keganjilan terhadap segelintir yang berpuasa tetapi tidak bersolat. Sangat ganjil. Bagaimana mungkin seorang itu berpuasa, tetapi meninggalkan rukun Islam yang lebih tinggi iaitu solat? Melihat puasa dari sudut adat semata-mata, tanpa melihat hubungkait dengan sifat kehambaan kepada Allah. Justeru, bagaimana puasa mereka itu. Tentunya osong daripada roh tarbiah.
Oleh itu, madarasah Ramadhan yang menghasilkan taqwa hendaklah dimanfaat sepenuhnya. Rasulullah saw telah memberi peringatan tentang betapa ramai yang gagal memperolehi tawaran-tawaran hebat Ramadhan.
“Berapa ramai orang yang berpuasa, tidaklah dirinya itu menadapat apa-apa kecuali lapar dan dahaga.” Moga kita tidak termasuk dalam golongan tersebut. Amiinn.
Salam Ramadhan 1440H. Semoga setiap amal kebaikan yang dilakukan mendapat ganjaran yang sebaiknya dan diterima oleh Allah SWT.
0 comments:
Post a Comment