Sahabat Sejati

Tuesday, 21 January 2014

Opocot, #&*%@?8$...!


Erkk…

Hampir tersedak saya mendengar perkataan #&*%@?8$... kemudian disusuli dengan ketawa kecil di belakang.

Saya berhenti menyuap dan berpaling seketika. Seorang perempuan muda tersipu-sipu sambil menutup mulut. Masih muda, dalam lingkungan awal 20-an. Rupa-rupanya dia melatah kerana terkejut, bahunya dipegang secara tiba-tiba dari belakang oleh sahabatnya yang baru sampai. Mujurlah makanannya belum sampai lagi, kalau tidak mungkin melayang sama apa yang ada di atas meja.

Hmm..muda-muda lagi sudah melatah. Kalau dulu tok wan-tok wan di kampung sahaja yang biasa melatah, sekarang ini budak-budak muda pun sama. Susah betul nak mengubati penyakit warisan zaman Jepun ini. Berjangkit dari satu generasi turun ke satu generasi. Tetapi kalau kita kata mereka latah, tak mengaku, mereka jawab sebab terkejut.

Bagi saya tidak kisahlah samada latah atau terkejut, namun apa yang tidak enak didengar ialah perkataan yang terkeluar dari mulutnya itu. Ada ke patut #&*%@?8$... yang disebut. Hilang sekejap selera makan.

Saya tidak menyalahkannya jika dia memang melatah atau terkejut, tetapi sebutlah benda lain macam komputer ke, kapal selam, goreng kangkung atau penyapu lidi. Sebutlah benda-benda yang seperti itu. Tidaklah sakit telinga mendengarnya.

Sebenarnya tidak pelik. Jika biasa sangat menyebut sesuatu benda tidak kiralah apa sahaja, maka benda itulah yang akan disebut jika terkejut. Jadi, biasa-biasakanlah diri menyebut sesuatu yang baik. Berselawat, istighfar, tasbih, takbir pun boleh. Bukan melatah kosong tetapi pahala pun dapat, insya-Allah.

Jika ada yang menyergah dari belakang.

“Allahumma solli `ala Muhammad!” Kita melatah.

Kan ke sedap bunyinya.

Anda mampu mengubahnya!

1 comments:

||aLeaSaRa|| said...

assalamualaikum sahabat AI,apa khabar.terima kasih ye masih sudi luangkan masa baca blog n komen..suka2 :)

owh..tentang melatah ni,kadang2 diorang ni jarang gunakan perkataan yang tak elok semasa berborak seharian .tapi bila melatah terkeluar pulak yang pelik2

macam dah satu kewajiban/sumpahan/badi kot he3....goreng kangkung?penyapu lidi hahaha..

Post a Comment