Soalan:
Saya ingin penjelasan perkara-perkara berikut. Semasa dalam iddah, apakah batasan aurat bagi wanita terhadap suaminya? Perlukah isteri menyediakan makan minum kepada suaminya dan rumah yang menjadi milik isteri, bolehkah suami tinggal bersama di dalamnya? Terima kasih.
Jawapan:
ISTERI yang telah ditalakkan suami ada dua jenis.
Pertama, talak bain iaitu talak penghabisan yang tidak boleh rujuk. Kedua, talak rajie, iaitu talak yang boleh dirujuk semula.
Apabila termasuk dalam kategori talak bain, maka hubungan suami isteri terputus dengan talak tersebut, maka mereka sudah menjadi orang asing, yang hukum pergaulannya sama seperti hukum perempuan ajnabi dalam semua hal, termasuklah suami itu tidak lagi menjadi kewajipan untuk dia menyediakan makan minum, kerana sudah menjadi bekas suaminya.
Adapun talak rajie, maka isteri yang ditalakkan itu berada di tengah-tengah keadaannya. Menjadi isteri sebenar pun tidak, kerana telah diceraikan dan hanya menunggu tamat iddahnya, maka tamatlah perkahwinan mereka. Hendak dikatakan bukan isteri pun tidak, kerana hanya dengan menyebut “aku rujuk denganmu semula”, maka jadilah mereka suami isteri semula.
Namun begitu, hukum ke atas perempuan yang diceraikan suaminya, ada hak-hak tertentu dari segi syarak untuknya, khususnya hak nafkah dan tempat tinggal, sehingga tamat iddahnya.
Setelah bercerai, maka suami hendaklah memisahkan diri daripada isterinya dan tidak tinggal sebilik lagi. Semasa dalam iddah, boleh tinggal dalam sebuah rumah, tetapi diasingkan.
Firman Allah (mafhumnya): “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani iddahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). Dan jika mereka berkeadaan sedang mengandung, maka berikanlah kepada mereka nafkahnya sehingga mereka melahirkan anak yang dikandungnya; kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya; dan berundinglah di antara kamu (dalam hal menyusunya) dengan cara yang baik. Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya.: (at-Talaq: 6)
Maksud ayat di atas, suami wajib menyediakan temps tinggasl untuk isteri yang ditinggalkannya, sekadar kemampuannya, seperti tempat kediaman yang mereka tinggal bersama sebelum mereka bercerai.
Bukan isteri yang menyediakan tempat tinggal untuk suaminya. Jika suami menyediakan tempat tinggal yang baru, maka hendaklah kediaman itu sesuai dengan isteri tersebut.
Adapun batas aurat, mereka hendaklah bergaul seperti orang ajnabi. Iaitu si isteri hendaklah menutup auratnya.
Dalam perbahasan talak sindiran (kinayah), ulama fikah menerima perkataan suami terhadap isterinya, yang menggunakan bahasa talak sindiran, seperti katanya: “tutupilah diri kamu daripada pandangan aku, dengan menutup aurat sepenuhnya” atau seperti kata-kata: “berhijablah kamu daripada aku.”
Apakah itu talak kinayah atau tidak, ulama mengatakan itu adalah talak sindiran, jika dengan perkataan itu ada diniatkan bercerai, maka akan tercerailah isteri.
Ertinya, isteri hendaklah menutup auratnya. Oleh kerana itu isteri yang diceraikan hendaklah menjaga auratnya daripada si suami yang menceraikannya.
Isteri tidak perlu menyediakan makan minum kepada suaminya, kerana mereka dari satu segi sudah menjadi orang asing dan tempat tinggal pun sudah terpisah, walaupun masih sebumbung.
Sekiranya rumah itu rumah isteri, maka suami boleh tinggal dalam rumah tersebut jika diizinkan isteri, dengan syarat dipisahkan bilik. Seelok-eloknya mereka berasingan. Wallahua`lam.
Sumber: Bersama Dato Dr Harun Din
7 comments:
Assalamualaikum..
saya sebenarnya musykil dengan cara pergaulan dan aurat suami isteri dalam iddah?
daripada sumber-sumber yang saya baca di internet terdapat pelbagai keadaan dan situasi . Kebanyakkan pendapat berbeza - beza mengikut Mazhab. Akan tetapi, apabila dirujuk dengan ustaz-ustaz ,seolah - olah kesemua pendapat itu boleh dipakai walaupun di Malaysia ini mengamalkan mazhab Shafie.
Contoh:- didalam mazhab shafie, isteri yang di dalam tempoh iddah diminta menutup aurat, akan tetapi bagi mazhab lain, aurat isteri masih sama seperti biasa. dan menurut pandangan ustaz-ustaz yang saya temui, mereka berkata aurat isteri masih sama seprti dahulu, tidak perlu menutup aurat.
Persoalan :- Yang mana harus di ikuti? contoh:berdosakah sekiranya isteri dalam iddah tidak menutup aurat apabila kehadiran suami . (ketika mandi)
Persoalan :- Batas sentuhan dalam iddah?
Ada yang mengatakan boleh bersentuhan, berpelukan, bercium, cuma jangan bersetubuh sahaja tanpa rujuk dahulu.
Bagaimana dengan istimta'?
Bagaimana sekiranya pasangan tersebut melakukan oral sex? (menjilat kemaluan)
apakah hukumnya? berdosa?
Harap, dapat pencerahan mengenai perkara ini. saya memohon maaf sekiranya, pertanyaan saya ini kurang ber etika. Saya rasa dalam perkongsian ilmu, kita harus terbuka. kerana permasalahan ini dialami oleh ramai orang. Saya harap pihak tuan dapat memberi maklum balas dengan cara terbaik iaitu meliputi semua aspek . semoga persoalan ini dapat membantu mereka yang diluar sana.
terima kasih

Apakah jawapan nya?
Ya ..betul...sy pun br bercerai dgn isteri dan masih dlm tempoh iddah...byk sumber dr internet berbeza pendapat...ada yg mengatakan aurat suami iseri boleh dilihat,ada yg kata tak boleh...sumber youtube ustaz azhar idrus mengatakan boleh...bila pegi pejabat agama,kata tak boleh pukaj...bila pendapat bercanggah mcm ni,dgn siapa perlu kita rujuk?ustaz,ahli ulama,pejabat agama,mahkamah syariah atau sumber google yg dipercayai2???
Assalamualaikum suami sy dah lafaz talak 1 melalui wasap... N tunggu hari perbicaraan.boleh ke sy tak nak ddk dgn suami atas kerelaan sy.
Yer..jwpn yg dihuraikn masih mengelirukn..aurat dan bersentuhan suami isteri dlm iddah tidak diperjelaskn dgn ayat yg mudah..boleh atau tidak???
Sama dgn situasi saya..Sgt2 mgelirukan.. Baru skrg ni sy dm tempoh iddah Dan suami tlh melafazkn rujuk kpd saya tanpa saya setujui.. Jd sy xda bls rujuk nya tu... Bla d bwa hal ni ke mahkamah syariah... Dikatakn oleh hakim yg rujuk ni sah... Tp bla pulak d Tanya ke pjbt jhiens... Dkatakn x sah... Mohon penjelasan cepat kerana tempoh iddah sy bakal tamat dlm bln ni
Post a Comment