Sahabat Sejati

Thursday, 19 January 2012

Bahagianya Merayakan Cinta

Ada dua pilihan ketika bertemu cinta. 'Jatuh cinta' dan 'bangun cinta'. Untuk dirimu, daku memilih cinta yang kedua. Supaya cinta kita menjadi istana, tinggi menggapai syurga...


Cinta. Satu perkataan, sejuta maksudnya. Cinta itu bukan cubaan. Cinta yang lara pasti membawa duka. Tetapi, cinta yang suci, pasti menempa keberkatan daripada Ilahi. Keberkatan sejati itu yang perlu diburu. Meniti bahagia, membawa ke syurga.

Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu:

•Bagaimana kita merayakan rasa cinta pada perkara yang kita sukai
•Bagaimana kita merayakan rasa cinta pada perkara yang kita tidak sukai
•Bagaimana kita merayakan rasa cinta yang sejati, cinta yang membawa kepada kebaikan

Terkandung juga tip-tip untuk: Mencari cinta yang berkat sehingga melangkah ke alam rumah tangga

•Meraih cinta melalui penjagaan kebersihan diri
•Bagaimana menjaga etika cinta dalam setiap detik, setiap ketika
•Memperkayakan ilmu bercinta demi menjaga hati pasangan
•Adab bercinta yang melibatkan keluarga mertua, jiran, mahupun tetamu
•Bagaimana menjaga keharmonian perhubungan dalam rumah tangga
•Mendapatkan cinta yang berkat di mana sahaja

Ternyata, tatkala keberkatan bercinta itu dinikmati, terpercik kegembiraan dalam hati, terungkai kelapangan dalam dada. Akal menjadi jernih, jasad menjadi nikmat. Berkatnya cinta itu mencorakkan musim menjadi ceria, walaupun badai sedang melanda. Berkatnya cinta itu membawa senyuman bersama, walaupun diiringi titisan air mata. Berkatnya cinta itu menyapa rindu dalam kejengkelan dan membelai lembut jiwa yang resah bergelora.

Barakallahu laka, Bahagianya Merayakan Cinta!

Tajuk : Bahagianya Merayakan Cinta
Penulis : Salim A. Fillah
Penerbit : PTS Millenia Sdn Bhd
M/S : 616
Harga : SM 27.00 / SS 30.00

Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan!

2 comments:

||aLeaSaRa|| said...

slm sggh nak tya kenapa ye dr semalam saya cuba masuk blog ni x blh,terus jumped ke laman web bizniz?

kdg2 blog saya pun bila saya buka,tiba2 jumped ke blog amazon.com.peliklah...x sgka hari ni berjaya juga masuk blog sahabat..byk entri yg saya x dpt baca :(

abuikhwan said...

saya sendiri pun tak tahu mengapa jadi begitu, ada sahabat2 yang tahu camna nak settle?

Post a Comment