Sahabat Sejati

Tuesday, 19 July 2011

Cetusan rasa: abuikhwan 35 tahun

Lebih suku abad berkelana di bumi Tuhan.

Setiap kali menjelangnya tarikh seperti hari ini, ia hanya memberitahu diriku bahawa setahun lagi telah bertambah janji untuk aku menghampiri kematian.

Hidup bukan lagi permainan dan keseronokan, bukan sekadar mencuba-cuba.

Ia adalah perjuangan.



Sabda Rasulullah saw:

“Rebutlah lima keadaan sebelum datang lima keadaan yang lain, iaitu keadaan muda sebelum kedatangan waktu tuamu, keadaan sihatmu sebelum kedatangan waktu sakitmu, keadaan kaya (berada) sebelum ketibaan keadaan fakirmu, keadaan lapangmu sebelum kedatangan waktu sibukmu dan masa hidupmu sebelum tibanya kematianmu.” [Diriwayatkan oleh al-Imam al-Hakim daripada Ibnu Abbas radiallahuanhu]

Subhanallah!

Cepatnya masa berlalu…

1 comments:

||aLeaSaRa|| said...

alhamdulillah sahabat sudah mencecah usia yg matang dan smga segala amal ibadat & usia diberkati-NYA aminnnn.semoga terus menyebarkan dan berkongsi ilmu kepada kami semua

Kite ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Raya.Baru sgt2 blk kg ni....terus terjah blog hehehehe

Post a Comment