Sahabat Sejati

Friday, 22 July 2011

Takirah pagi Jumaat...

Satu kisah...

Apabila Mat terjumpa Alia dia terus memakai ketayap. Bukan senang nak memenangi hati Alia. Mat juga tahu ayah Alia alim orangnya. Bukan sebarang orang boleh menjadi menantunya. Mujurlah Mat pandai berlakon.

Apabila melihat ketayap dia atas kepala Mat tak pernah lekang, Haji Dolah setuju nikahkan anaknya dengan si Mat. Dengan sekali lafaz, sahlah akad nikah.

Malam pertama Mat dan Alia lambat tidur. Banyak benda nak dikemas, biasalah kalau kenduri kahwin. Akhirnya semua tertidur setelah jam 3.00 pagi. Esoknya Haji Dolah kejutkan seluruh ahli keluarga sembahyang subuh berjemaah. Mat terlambat bangun. Lalu Haji Dolah menyuruh Mat sembahyang seorang diri.

Mat pun iqamat dan tunaikan sembahyang subuh. Selesai memberi salam, Haji Dolah bertanya, "Hai, Mat kenapa solat subuh tiga rakaat?"

Lantas Mat menjawab, "Eh...iya ke tiga rakaat? Rasa-rasanya dah cukup empat rakaat tadi ayah."
"Ini kes mengantuk sangat pasal berkemas semalam," sambung Mat lagi dengan selamba.

Haji Dolah, "??????..."

Moral: Jangan malu untuk menuntut ilmu.

Rasulullah saw bersabda: "Menuntut ilmu itu satu kewajipan atas setiap Muslim" (HR Ibnu Majah)

2 comments:

Rintihan HambaMu said...

salam...
pentingnya ilmu...
law buat amal tnpa ilmu..berkemungkinan sesat..
jazakillah atas perkongsian yg mnrik..

abuikhwan said...

betul, ilmu tanpa amal sia-sia, amal tanpa ilmu sesat (Imam alGhazali)

Post a Comment