Berikan aku secebis nasihat
Duhai teman seperjuangan
Buat azimat melangkah kaki
Kerana perjalanan masih panjang
Entahkan sampai menuju cahaya
Atau tersasar ke jurang gelita
Berikan aku secebis nasihat
Duhai teman seperjuangan
Kujadikan panduan menyusuri kehidupan
Bukan mudah berkelana di bumi Tuhan
Pasti banyak cabaran mendatang
Aku pernah tiba di daerah sepi
Aku pernah sampai di daerah songsang
Merenung dan memerhati satu pandangan
Mereka yang berlari mencari kebendaan
Mereka yang terselit di celahan keseronokan
Namun semuanya tersungkur kehampaan
Berikan aku secebis nasihat
Duhai teman seperjuangan
Agar tidak tandus taqwa kemarau iman
Kerana sesalan bukan kepalang
Selama roda kehidupan dunia berjalan
Berikan aku secebis nasihat
Duhai teman seperjuangan
Semoga kita dilimpahi kesejahteraan...
Saudara kalian,
abuikhwan
Kuantan, Pahang
27 Mac 2011
12:05 pagi
Duhai teman seperjuangan
Buat azimat melangkah kaki
Kerana perjalanan masih panjang
Entahkan sampai menuju cahaya
Atau tersasar ke jurang gelita
Berikan aku secebis nasihat
Duhai teman seperjuangan
Kujadikan panduan menyusuri kehidupan
Bukan mudah berkelana di bumi Tuhan
Pasti banyak cabaran mendatang
Aku pernah tiba di daerah sepi
Aku pernah sampai di daerah songsang
Merenung dan memerhati satu pandangan
Mereka yang berlari mencari kebendaan
Mereka yang terselit di celahan keseronokan
Namun semuanya tersungkur kehampaan
Berikan aku secebis nasihat
Duhai teman seperjuangan
Agar tidak tandus taqwa kemarau iman
Kerana sesalan bukan kepalang
Selama roda kehidupan dunia berjalan
Berikan aku secebis nasihat
Duhai teman seperjuangan
Semoga kita dilimpahi kesejahteraan...
Saudara kalian,
abuikhwan
Kuantan, Pahang
27 Mac 2011
12:05 pagi
Rasulullah saw bersabda:
"Orang Mukmin yang paling sempurna imannya ialah yang baik akhlaqnya, yang merendah diri, yang mengasihi dan dikasihi dan tidak ada kebaikan bagi orang yang tidak mengasihi dan dikasihi." (Riwayat Tabrani, disahihkan oleh al-Albani)
4 comments:
Puitis!
Sama-sama meningati..
'tolong ingatkan aku, ek'..
sangat terkesan...! hmmm
kenapa susah nak cari seorang teman yg mampu memberikan nasihat2 kebaikan..yang banyak cumalah nasihat menuju kehancuran dan menjadi batu api dalam sesuatu keadaan..
Pandai-pandai memilih..."pilih si penjual minyak wangi".
Post a Comment