foto hiasan ~ sumber
Saya memang suka menulis. Tetapi saya bukanlah seorang penulis yang baik, banyak yang perlu saya pelajari selok belok dunia penulisan ini dan saya benar-benar mengakuinya.
Jika sahabat menatap tulisan-tulisan di dalam 'pondok kecil' saya ini, kebanyakannya berkisar kepada nasihat dan tazkirah. Memang itulah nawaitu saya ketika mewujudkan blog abuikhwan ini.
Saya berharap dapat berkongsi sedikit pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah SWT. Mudah-mudahan dengannya kita semua mendapat manfaat. Tetapi yang lebih utama, nasihat dan peringatan tersebut lebih kepada diri saya sendiri. Itulah yang sentiasa saya ingat dan sematkan di dalam diri.
Mengapa peri pentingnya peringatan dan nasihat-menasihati dalam kehidupan manusia?
Apa yang saya rasa, kehidupan ini adalah sesuatu yang hebat, dan indahnya pula apabila kita saling ingat-mengingati dan nasihat-menasihati dalam perkara kebenaran. Ini bermakna di dalam diri kita masih ada sifat peduli dan ambil tahu, daripadanya akan menumbuhkan rasa kasih sayang sesama insan. Betapa damai dan tenangnya apabila hidup dalam suasana kasih sayang.
Menebarkan kasih sayang dan perhatian melalui nasihat dan peringatan sesama insan tidak perlu mengeluarkan belanja yang mahal. Ia hanya memerlukan kesungguhan dan rela dalam melakukannya.
Demikianlah, kita adalah hamba yang dicipta dengan bibit-bibit kemurahan hati untuk berkongsi kebaikan. Besarnya kurniaan Tuhan Yang Maha Kasih Sayang.
Alhamdulillah.
5 comments:
saling mengingati, berdakwah dalam pelbagai cara
Tulisan kita akan dipertanggungjawabkan di akhirat nnt.
Assalammualaikum ustaz...hari ini akak singgah .
Banyak yang akak belajar dari tulisan ustaz dan selau terasa insaf dengan diri akak yang pendosa ini melalui tulisan2 ustaz.Terimakasih lah dengan perkongsian.Cuma semenjak 2 menjak ni selalu tak sempat nak berblog, kadang membaca tanpa meninggalkan jejak.
Alaikum salam kak saniah.
Terima kasih akak sudi singgah. Sebenar setiap coretan di pondok abuikhwan ini pengajarannya lebih kepada diri saya. Cuma jika ada sahabat2 yg terinspirasi melalui apa yang ditulis di sini, ia adalah seumpama penghargaan kpd saya... Moga Allah SWT merahmati kita semua
Assalamualaikum Abu. Semoga tahun baru ini memberi lebih kebahgiaan.
Tak kisah lah kalau tak pandai mengayat. Asal sampai maksudnya dan pembaca faham itu sudah dikira baik.
Kak dulu rajin menilis novel tapi untuk bacaan sendiri saja...😀
Post a Comment