2019 telah melabuhkan tirainya. Tanganku melambai dan lidahku meluahkan ucapan perpisahan. Perpisahan yang membawa pergi coretan diari kehidupan sepanjang keberadaan setahun lamanya. Ada suka dan duka, pahit dan manis. Ada yang menjadi coretan untuk ditatap dan dikongsi, dan ada yang menjadi rahsia hati. Pasti ia sentiasa menjadi kenang-kenangan.
2020 pula menguak tabir jendelanya. Syukur ahamdulillah, Allah SWT masih memberikan kesempatan untukku menyingkap dan menciumi bayu lembutnya. Tentunya aku berharap agar kedatangan tahun baru ini menjadikan perjalanan kehidupan lebih baik dari sebelumnya.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al Hasyr: 18).
Semasa zaman budak-budak dahulu, setiap kali kedatangan tahun baru adalah suatu yang menggembirakan. Masuk sahaja tahun baru bermakna umur semakin bertambah, ia juga bermakna semakin dewasa dan matang.
Memang, tidak sabar untuk menjadi dewasa. Budak-budak walaupun hanya memikirkan soal bermain sahaja, tetapi banyak sangat pantang larangnya. Ini tak boleh, itu tak boleh. Tetapi jika jadi orang dewasa, bebas ke sana ke sini, siapa yang berani melarang. Itulah yang bermain di fikiran yang menyebabkan tidak sabar untuk menjadi dewasa. Pemikiran budak-budak!
Namun, setelah berada di ‘alam’ sekarang, realitinya tidak begitu. Kedatangan tahun baru benar-benar menginsafkan. Bertambahnya usia bermakna peruntukan umur telah berkurang, dipotong sedikit demi sedikit. Maka ia memberikan isyarat semakin kita mendekati janji kematian.
6 comments:
Semoga kita diberi kesempatan untuk melipatgandakan amal ibadah dan amal kebajikan.
dengan bahasa mengungah rasa...
ternyata coretan ini bisa menjentik emosi yang kian terleka..
salamat tahun baharu tuan
selamat tahun baharu 2020.. :p
Selamat tahun baru ust. Semakin bertambah tahun, semakin berkurang masa kita...
betul tu ustaz, masa kita kecik kita cepat-cepat nak besar, tapi bila kita dah makin dewasa kita rasa bestnya jadi kecik macam dulu...
selamat tahun baru. sangat setuju dengan penulisan ni. betapa kita makin memahami erti sebenar hidup di dunia ini
Post a Comment