Sahabat Sejati

Tuesday, 28 January 2020

5 teka-teki

Apa yang paling DEKAT dengan diri kita di dunia? 
Bukan orang tua 
Bukan juga kaum kerabat 
Tidak juga teman-teman 
Melainkan KEMATIAN yang dekat 
Bersalin waktu dan berganti hari ia kian mendekat 
"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan." (al-Ankabut: 57) 

Apa yang paling JAUH dari kita di dunia? 
Bukan langit
Bukan ruang angkasa
Bukan negara China 
Melainkan MASA LALU yang kian menjauh 
Semakin hari kita semakin jauh meninggalkan zaman kanak-kanak yang suci dan fitrah. Apa sahaja usaha kita, walau apapun kenderaan yang diguna, secanggih mana pun ia, kita tetap tidak dapat kembali ke masa lalu. 

Apa yang paling BESAR di dunia? 
Bukan gunung-ganang
Bukan matahari 
Bukan juga bumi 
Melainkan NAFSU yang amat besar walaupun tidak kelihatan sosoknya 
Maka berhati-hatilah kerana menurut kehendak nafsu akan menyebabkan tertutupnya pintu kebenaran dan boleh mengheret ke neraka 
“Sesungguhnya nafsu itu mendorong ke arah kejahatan.” (Yusuf: 53) 

Apa yang paling BERAT di dunia? 
Bukan batu 
Bukan pula besi 
Tidak juga gajah 
Melainkan MEMEGANG AMANAH adalah sesuatu yang amat berat 
Tiada makhluk yang sanggup memikul amanah, melainkan manusia. 
"Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya... (al-Ahzab: 72 

Apa yang paling RINGAN di dunia ini? 
Bukan kapas 
Bukan juga dedaun kering 
Tidak pula debu 
Melainkan MENINGGALKAN SOLAT adalah sesuatu yang amat ringan dan mudah. 
Sedangkan solat adalah tiang agama, manakala meninggalkannya seumpama meruntuhkan agama dan mendapat ancaman yang amat berat. 
(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar? Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang." (Al-Muddaththir 42-43) 

Apa yang paling TAJAM di dunia ini? 
Bukan mata pedang 
Bukan pula pisau belati 
Melainkan LIDAH yang terlihat lembut dan tumpul 
Kerana ia dapat menyakiti hati dengan mudah 
Kerana ia boleh menyebabkan dua sahabat bermasam muka 
Kerana ia boleh meyebabkan suami isteri berpisah 
Bahkan kerananya dua negara boleh berantakan
Hadrat Sufian Saqafi ra. telah bertanya kepada baginda Rasulullah saw, “Perkara apakah yang baginda paling takut bagi umat tuan?” Baginda saw memegang lidahnya sendiri yang berkat lalu bersabda, “inilah.” (Misykat)

#Olahan daripada peringatan Imam al-Ghazali

5 comments:

oohsenyum said...

sungguh bermakna teka teki ini,

Salam kenalan dari saya, oohsenyum.com. Saya dah follow blog ini.

Nak tanya awak ini, kalau awak berminat, sudi tak bertukar link blog dengan saya (bloglist) insy Allah akan bertambah trafik di blog awak. Kalau awak sudi beritahu ye. comment je kat mana-mana post blog saya

https://www.oohsenyum.com/

saya tunggu tau...

Etuza said...

Kita sentiasa mohon panduan hidup bermakna daripada yang esa. Jaga kata2 lidah tak bertulang

norhidana said...

betul tu ustaz, memang tepat sekali jawapan untuk 5 teka teki itu...

Umi Nazrah said...

jawapan teka teki yg mudah tapi jawapannya sangatlah tepat mengenai panahan qolbu ini

Normala Saad said...

Assalamualaikum Abu.
Teka teki yg hebat.

Post a Comment