Sahabat Sejati

Friday, 7 December 2018

'Haikal yang istimewa' di angka 13


Selamat ulang tahun kelahiran buat anakanda 'Haikal yang istimewa' pada hari ini. Dalam pejam dan celik, silih hari yang bergulir, telah genap 13 tahun usianya. Dengan belas kasihan-Nya telah menyampaikan kami sehingga ke saat ini. Syukur, terima kasih Tuhan atas nikmat ini, yang sentiasa tercurah tanpa berkira-kira sedangkan amat sedikit yang kami panjatkan di dalam doa.

Terlalu banyak kenangan yang tercipta di sepanjang hidup bersamanya. Memoir silamku di tahun-tahun awal kelahirannya menari-nari diminda tuaku. Ada suka dan duka, ada manis dan jerih serta capek kelelahan bergaul sebati. Semuanya telah menjadikan diriku semakin kuat dalam menongkah terowong kehidupan. Benar-benar anak ini satu anugerah yang tidak ternilai.

Dialah yang meresahkan dada abi dan ummi, dia juga yang menyejukkan mata dan mendamaikan hati abi dan ummi. Dialah 'si kecil yang istimewa'. Mudah-mudahan menjadi penolak abi dan ummi ke syurga Ilahi yang abadi. 

Moga 'anakanda Haikal yang istimewa' sentiasa di dalam limpahan rahmat Ilahi.

7 comments:

Normala Saad said...

Selamat hari lahir Haikal. Semoga menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup.

Nor Azimah said...

Selamat ulamg tahun buat permata syurga.

paridah said...

Assalam moga ustaz sht sjhtra sekeluarga...selamat ulang tahun Haiqal anak soleh

Etuza Etuza said...

Asalam ustaz..banyakkan bersabar ya. Semua tu ujianNya..Allah memilih Ustaz agar tunjukkan pada um,um betapa tabah dan sabarnya ustaz hadapi ujian ini sedari awal..inshaAllah..pasti Allah beri hikmah di sebaliknya..

Etuza Etuza said...

Adik Haikal selamat ulang tahun ya ..

Etuza Etuza said...

Anak saya kerja ada dalam blog ceritanya tu Ustaz..hari tu 3 hari kami ke Kuantan Pahang..hantar dia dan ikut dia daftar ke tempat dia kerja..

Etuza Etuza said...

Dia bahagian Farmasi di Hospital IIUM ..kerja biasa ja. Namun syukur pada Allah anak saya betah dah kat sana..tak lama lagi dia cuti 2 minggu lebih balik Sabah nanti dia

Post a Comment