Sahabat Sejati

Sunday 23 December 2018

Sambutlah hidayah..

foto hiasan: sumber

Saat hidayah mula menjengah, 
Suara hati merintih penuh keinsafan, 
Sendu tangisan lontaran iman, meraba-raba di mana jalan pulang, 
Sesungguhnya di dalam jasad ini ada fitrah
yang sering memanggil-manggil, 
Ayuh! Bersegera kembali memaut cinta-Nya... 

Sesungguhnya hati nurani kita sentiasa mahu menghubungi Allah dengan cinta, beribadat dan taat, kerana ia mengetahui bahawa Dialah yang mentadbir urusan-Nya dan urusan tiap-tiap sesuatu di sekeliling-Nya menurut hikmah dan tadbir-Nya. Itu adalah fitrah. Tiada siapa yang dapat membantah. Namun sampaikah kita kepada-Nya, andai diri masih seronok dalam gelumang dunia yang tiada sudahnya. 

Sambutlah hidayah itu andai ia datang bertamu...

“Segala puji bagi Allah yang telah memberi hidayah kami ke (syurga) ini, dan kami tidak akan mendapat hidayah (ke syurga) kalau sekiranya Allah tidak menunjukkan kami” (al-A’raaf: 43).

3 comments:

paridah said...

Assalam ustaz moga moga sht sjhtra sekeluarga...hidayah milik Allah mohon kita dianugerahinya

Normala Saad said...

Assalamualaikum Abu. Moga berada didalam keadaan baik dan sihat.
Beruntung la sesiapa yang diberi hidayah dan keberkatan hidup. Moga kita pun menjadi antara insan yang dirahmati olehNya.

Etuza said...

Asalamualaikum..terima kasih tazkirah..semoga kita mendapat hidayah Allah..dialah Allah yang maha kuasa

Post a Comment