Alhamdulillah, dengan izin-Nya, kumpulan pertama Yayasan Amal Malaysia telah pun berlepas ke lokasi kejadian dalam rangka membawa bantuan kepada mangsa-mangsa. Kepada DIA jua diharapkan agar semua yang dirancang dapat disempurnakan dengan jayanya, dan dipermudahkan semua kesulitan.
Umum mengetahui apa yang telah terjadi di Sulawesi tempohari. Selang tidak lama selepas Lombok dilanda gempa bumi, berlaku pula susulan di Sulawesi yang lebih dahsyat lagi. Ekoran gempa bumi yang berlaku, menyebabkan gelombang tsunami dan mengakibatkan korban jiwa serta kemusnahan harta benda.
Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang termasuk juga negeri-negeri lain pantas menggerakkan pengumpulan dana bagi maksud tersebut. Alhamdulillah, sambutan rakyat Malaysia amat membanggakan. Betapa pemurah dan prihatin warga negara ini dalam bab membantu mereka yang di dalam kesulitan. Satu lagi, apa yang boleh disebut adalah kepercayaan dan keyakinan kepada kami dalam menguruskan sumbangan infaq mereka.
0 comments:
Post a Comment