Bagaikan sudah menjadi satu 'trend' di tempat saya kebelakangan ini, hujan turun pada waktu malam. Turun sekitar jam 9 atau 10 malam, kemudian membawa ke santak tengah malam. Kadang-kadang berlanjutan sehingga ke waktu subuh. Kadang-kadang turun menyimbah bumi pada waktu petang sampai ke malam.
Hujan yang turun adakalanya lebat diikuti dengan guruh dan kilat, dan adakalanya sekadar renyai-renyai tetapi dalam jangkamasa yang lama. Demikianlah, ia tetap menggusarkan hati-hati penduduk di kawasan yang mudah dinaiki air. Tentunya, kerana pemulaan musim tengkujuh kian menghampiri.

Beberapa hari lepas pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang telah mengeluarkan notis hujan lebat bermula November ini. Di tambah pula dengan fenomena air pasang besar, maka kebimbangan tersebut semakin menebal.
Saya sendiri tidak terkecuali, ada sedikit berperasaan demikian. Perasaan cuak apabila hujan turun dengan lebat. Maklumlah, kawasan ini ada sejarah pernah dinaiki air. Walaupun hanya sekali ketika banjir besar tahun 2014, yang turut menenggelamkan beberapa kawasan lain yang tidak pernah dinaiki air. Tidak mustahil ia mungkin boleh berulang kembali.

Kebimbangan
Allah SWT menjadikan manusia. Dia juga membekalkan manusia dengan berbagai-bagai perasaan. Ada perasaan suka, gembira, sedih, takut, runsing, kecewa dan sebagainya. Kesemua perasaan tersebut digaul sebati untuk melengkapi kehidupan manusia. Tidak ada manusia yang hanya ada perasaan gembira, suka, bahagia tanpa ada perasaan sedih, berduka, kecewa, dan begitulah sebaliknya.
Tidak salah untuk merasa gusar dan bimbang dengan musibah yang menimpa. Ia adalah suatu yang normal dan sesuatu yang biasa dalam kehidupan seorang manusia. Mahu merasa sedih, bimbang, susah hati, silakan. Namun, perlu diingat, biarlah ia berada di dalam batas-batas yang dibenarkan. Jangan sampai bertindak sehingga menyalahkan taqdir, bahkan sehingga menyalahkan Tuhan.
Sesungguhnya Allah SWT telah mengajar hamba-Nya dalam menerima musibah. Sebagaimana firman-Nya:
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." (al-Baqarah: 155-156)Allahu al-Musta`an.
3 comments:
Asalam ya Ustaz..banyakkan bersabar dan doa di setiap saat..sekalipun dalam hati doa dan apa jg yang kita mahukan Allah dengar. InshaAllah orang2 yang beriman Allah beri keselamatan, langkah berjaga2 perlu sekali..
Ustaz..apabila Dia kehendaki berlaku sesuatu Dia tidak memilih mana tempat, sekalipun jauh dari tempat di naiki air..bentuk lain Dia buktikan kehebatnnya. Usah lah ragu ya. Teguhkan iman kita semua..Allah hu akbar
Semoga kita sentiasa di dalam perlindugan-Nya
Post a Comment