Sahabat Sejati

Monday, 15 October 2018

Alhamdulillah, Dia yang ar-Razzaq

 
 foto hiasan: Santai di rumah rakit YAMCP

Allah ar-Razzaq, Dia yang memberi rezeki. Dia juga yang menciptakan rasa enak dan rasa kenyang. Tentunya, kerana ada orang yang di hadapannya segala macam jenis lauk-pauk yang baik dan hebat, tetapi lidahnya tidak enak berbanding orang yang hanya makan satu dua mata lauk tetapi ia lebih enak dan selesa makannya. 

Ya, lihatlah nikmat Allah yang amat luas itu. Dengan lafaz ‘Bismillah ar-Rahman ar-Rahim’, maka terkandung sifat Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tanpa kasih sayang Allah kita tidak akan mampu menyuap makanan ke mulut, biarpun ia berada di depan mata. Kita tidak akan mampu mengunyah, menelan dan merasai lazatnya makanan jika tiada kasih sayang Allah. 

Sesungguhnya makanan bagi orang yang beriman itu boleh mengingatkan kepada Allah SWT. Semua makanan terasa enak dan sedap di hujung lidah. Tetapi yang paling penting ialah sentiasa bersyukur dengan apa yang dimakan. 

Pernahkah tatkala kita menyuapkan makanan kita sertakan dengan kesyukuran di atas nikmat yang diperolehi daripada Allah SWT? Dengan kasih sayang-Nya diberikan kita berbagai-bagai rezeki yang kadang-kadang tidak pernah kita pinta di dalam doa. Atau kita hanya pantas menyuapkan ke mulut tanpa berfikir siapakah yang memudahkan aku menyuapkan makanan ini. 

Bahkan, pernahkah kita terfikir siapakah yang memberikan rezeki dalam kehidupan ini dengan tanpa berkira-kira. Amat malanglah jika semua ini tidak pernah kita fikir dan rasai. 

“Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”

4 comments:

Warisan Petani said...

Sentiasalah bersyukur di atas limpah rahmat rezeki-Nya yang maha luas

paridah said...

Assalam moga ustaz n keluarga sihat sejahtera..Alhamdulillah rezki Allah amat bnyak untuk diikmati hamba2-Nya

Etuza Etuza said...

Asalam ..rezeki yang Allah berikan tak pernah putus kepada hamba2Nya..kita semua wajib bersyukur

Normala Saad said...

Kadang-kadang kita masih merungut walau mulut penuh dengan makanan. Itu tak sedap ini tak sedap. Lupa untuk bersyukur pun..

Post a Comment