Salam semua. Sudah lama tertangguh penceritaan ini. Sepatutnya ia dikongsi seminggu selepas kisah pertama (baca di sini) ditulis. Entah macamana saya boleh terlupa sehinggalah tatkala membelek foto-foto di dalam henfon, saya menyedari akan banyaknya foto berkenaan pembinaan rumah rakit milik sahabat saya ini. Ada pun rumah rakitnya sahabat saya yang dibina di Sungai Pahang di hujung Kampung Sekara sudah pun hampir siap, yang tinggal hanya kerja-kerja yang kecil sahaja. Namun, saya beranggapan ada baiknya saya kongsikan juga. Rasa agak janggal jika biarkan ceritanya tergantung begitu sahaja.
Sungai Pahang di Kampung Sekara, Chenor yang menjadi lokasi pembinaan rumah rakit milik sahabat saya. Hari ini airnya agak keruh. Menurut sahabat saya air Sungai Pahang di sini cetek, paling dalam pun separas dada. Manakala jika musim kemarau seperti sekarang kedalamannya hanya separas lutut. Katanya lagi jika mahu memasang pukat di pulau besar yang berada di tengah sungai, cukup dengan meranduknya sahaja. Saya agak was-was pada mulanya. Yalah, takkan sungai selebar ini cuma itu tahap kedalamannya. Macam tak masuk akal pula. Apa pun, orang-orang di situ yang lebih tahu hal keadaannya, jadi kena percaya jugalah.
Sebelum ini kerja-kerja menurunkan tong drum agak mudah kerana cukup dengan menggolekkannya sahaja dari atas tebing terus ke dalam sungai. Tetapi untuk menurunkan kayu dan besi yang menjadi asas kerangka rumah rakit, dengan keadaan tebing yang agak curam amat sukar. Oleh itu, khidmat backhoe diperlukan untuk menarah sedikit tebing sungai agar tidak terlalu curam.
Tiang sudah pun dinaikkan. Sangat sukar kerana keadaan tong drum yang sentiasa bergerak dioleng arus sungai. Tetapi dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, semua ini dapat diatasi. Teringat komen akak Paridah dalam entri yang pertama, katanya Sungai Pahang sekarang ini cetek. Sahabat yang membina rumah rakit ini pun mengatakan perkara yang sama. Akhirnya saya mengambil sebatang kayu dan mengukur kedalaman air di sekeliling rumah rakit. Betullah! Macam tidak percaya pula, air separas lutut. Tetapi, mungkin ada sesetengah kawasan yang agak dalam, saya rasalah.
Kerangka besi yang akan digunakan sebagai alang. Semuanya sudah dibawa naik ke atas rumah rakit. Bukan mudah untuk memastikan ia berada di atas lantai rumah rakit. Bayangkan kerangka besi yang agak berat dibawa turun dari atas tebing kemudian disusun di atas rumah rakit. Kelihatan di tengah sungai yang dipanggil pulau besar, mahu ke sana cukup dengan meranduk sahaja kata sahabat saya. Anda berani untuk meranduknya? Saya, entahlah..
#Bersambung...
4 comments:
ASSALAM..MOGA USTAZ N FAMILI SHT SJHTERA HENDAKNYA...
WAH MENSYEN NAMA KAK YA HEH..HEH..TKSH...AMAT PERLUKAN SKIL N PENGALAMAN UTK BINA RUMAH RAKIT NI KAN...BAGI YG BIASA DENGAN SUNGAI NI MRK DH TAHU ARAH TEMPAT SELAMAT UTK MERANDUK AIRNYA YG CETEK DGN SELAMAT HINGGA SEBERANG TAPI BAGI ORG LUAR KENA FIKIR BANYAK KALI TU.
Tak dpt kakak bayangkan kalau drum-drum itu rosak rumah tu senget tak agak-agak? Unik juga kan rumah rakit ni kan. Kalau banjir dia tak terjejas agaknya ye sebab akan terapung atau eh... kakak keliru pulak AI hihi... kalau masak tengah mengoreng tetiba air pasang bergoyang tak agak-agak? Heee.... kakak ni membayangkan macam-macam pulak:)
Tangkap ikan dari tingkap rumah pun boleh ni AI hihi...
assalamualaikum saudara...lama tak pi rumah rakit
Post a Comment