(kredit foto: FB)
Hari ini ketika membelek-belek laman FB, tersua dengan satu petua perubatan daripada Ustaz Sharhan Syafie. Siapa yang tidak kenal dengan Ustaz Sharhan Syafie, seorang pengamal perubatan Islam yang banyak menulis buku mengenai perubatan Islam. Selalu juga kelibatnya di televisyen dalam slot-slot yang berkaitan.
Balik pada petua tersebut, hmm..nampak menarik. Petua untuk mengubati penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Penyakit tiga serangkai yang menjadi wabak bagi golongan berusia di Malaysia. Terasa ingin berkongsi dengan sahabat-sahabat yang lain. Ini petuanya:
1 - Ambil sebiji kelapa muda yang berisi lembut (istilah orang kampung isi berhinggus).
2 - Kemudian ambil 3 batang serai yang diketuk
3 - 7 biji halba
Serai dan halba dimasukkan ke dalam kelapa dan dipanaskan. Selepas itu diminum airnya. Amalkan selang sehari sebanyak 7 biji kelapa dihabiskan dalam masa 14 hari. Selamat mencuba. InsyaAllah.
SHARE tip penting ini kepada rakan anda yang menghidap sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
(Gambaran yang lebih jelas - kredit foto: FB)
Biografi ringkas Ustaz Sharhan Syafie:
Berasal dari kampung Air Merah, Machang, Kelantan. Mendapat pendidikan awal di sekolah kebangsaan Air Merah kemudian menyambung pengajian ke sekolah Menengah Arab Syamsul Maarif. Seterusnya menyambung pengajian tinggi ke Kolej Sultan Zainal Abidin (KUSZA) . Selepas itu meneruskan pengajian ke Al- Azhar Kaherah Mesir selama 3 tahun. Di sana beliau memperdalamkan lagi ilmu perubatan Islam dengan tokoh terkenal iaitu Syeikh Wahid Adb Salam, kemudian menamatkan pengajian di Kolej INSANIAH Kedah.
5 comments:
ASSALAM...MUJARAB PETUA NI RAMAI YG DH MENCUBANYA...
Alhamdulullilah kakak baru tahu hari ini. Ust. Sharhan tu siapa tak kenal. Bolehlah kakak cuba pada abang sebab abang ada darah tinggi.. terima kasih dari kakak.
Kak Paridah: Saya baru je tau petua ni. Udah kakak cakap macam tu, kira betullah. InsyaAllah...
Kakzakie: Cubalah, mana tahu serasi InsyaAllah
aku sangat suka sekali dengan info ini terimakasih ... tau ga kawan Khasiat Jelly Gamat Gold G untuk Obat Rematik, Obat Asam Urat,Obat Gagal Ginjal Solusi pengobatan herbal terbaik.
Info Cara Mendapatkan obat jelly Gamat Gold G silahkan klik ->> Cara Pemesanan Jelly Gamat Gold G
Post a Comment