Sahabat Sejati

Sunday 24 September 2017

Perginya Syeikh Muhammad Mehdi Akif


-Dilahirkan pada 12 Julai 1928M/24 Muharram 1347H di Kufr Awad  as-Sanitah, mukim Aga Daqahlia (Mansoorah)

-Mula menyertai Ikhwan Muslimin sejak berumur 12 tahun. Sempat dididik oleh Imam Hasan al-Banna. 

-Pernah menjadi Mursyidul Am Ikhwan Muslimin Mesir yang ke tujuh (2004-2010). 

- Mendekam di dalam penjara sejak 1954-1974. Kemudian 1996-1999. Yang terakhir 2013-2017. 

-Meninggal di dalam penjara pada usia 89, setelah lama menderita sakit dan tidak diberikan layanan kesihatan yang sepatutnya. 

-Seperti nasib yang menimpa Imam Hasan al-Banna, pihak keselamatan melarang upacara pengkebumian yang sewajarnya dijalankan. Melainkan hanya 4 orang di kalangan ahli keluarga terdekat dan tukang kubur sahaja dibenarkan untuk mengiringi jenazahnya. 

Semoga dengan pemergian ini menjadi kerehatan sebenar buat Sang Mujahid, setelah lama beliau teraniaya. Marilah kita berdoa supaya diterima amalnya yang soleh oleh Allah, pengorbanannya dalam perjuangan Islam dan ditempatkan bersama para rasul A.S dan golongan syuhada’. 

“Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun” (Surah Al-Ahzab: 23)

1 comments:

paridah said...

Assalam moga ustaz sht sjhtra sekeluarga...kehilangan insan yg diratapi langit bumi hanya Allah mgtahui rahsia kekasih2-nya yg kini di sisi-nya dlm perlindungan rahmat-nya

Post a Comment