Sahabat Sejati

Sunday, 3 September 2017

Sidai daging qurban!?


"Sidai daging qurban!?" Terkejut salah seorang delegasi amal qurban apabila dikhabarkan berkenaan amalan penduduk di kampung Eid Barbikar.

Khawka Mujamma Sheikh Zainal Abidin di kampung tersebut menempatkan lebih 1500 pelajar tahfiz yang dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kanak-kanak dan remaja.

Amalan penduduk menjemur daging merupakan kaedah menyimpan daging dek kerana tiada kemudahan peti ais. Selain itu daging yang telah dikeringkan menjadi keras seperti kayu akan dikisar untuk dibuat serbuk.

Sepanjang tahun mereka akan berkongsi sup berperisa daging qurban yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia. Ingat, sup daging mereka hanyalah air semata dengan perisa serbuk daging.

Bagaimana pula dengan kita? Berapa lamakah daging qurban yang disimpan di dalam freezer di rumah kita bertahan? Bersyukurlah kita dengan nikmat makanan yang melimpah-ruah.
 
sumber: whatsapp AJK YAMCP

#amalmalaysia #foodsharing #muslim #Sudan #humanitarian
#Catatan salah seorang delegasi amal qurban ke Sudan 
#Aku seorang anggota Yayasan Amal Malaysia

2 comments:

Normala Saad said...

asalammualaikum Abu. Sedih dan insaf baca kisah daging korban yg dikeringkan ini.

paridah said...

Assalam..moga ustaz sht sjhtera keluarga...amalan menjemur daging korban satu cara menyimpan secara tradisi mrk..syukur Alhamdulillah banyak daging kurban sumbangan negara kita

Post a Comment