Sahabat Sejati

Wednesday 22 October 2014

Kuliah Maghrib : Ma`al Hijrah


Assalamualaikum warahmatullah.

Kepada semua warga Kuantan yang berdekatan dan berkelapangan, dijemput untuk memeriahkan majlis ilmu kuliah iaitu maghrib bersempena dengan kedatangan Ma`al Hijrah tidak lama lagi. Kuliah ini akan diadakan pada 22 Oktober 2014 dan akan disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Rosmaini Abd Rahman, seorang pendakwah yang tidak asing lagi di sekitar negeri Pahang. Bertempat di Surau Perumahan Balok Permai, Balok  Kuantan, berhampiran Pasaraya Jaya Gading.

Mudah-mudahan kehadiran semua akan memeriahkan lagi majlis ilmu ini dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.

Jom, semarakkan majlis ilmu!

  

1 comments:

paridah said...

assalam...xlama lagi dh maal hijrah ya...begitu cepat masa berlalu n jgnlah abaikan mjlis ilmu..

Post a Comment