Sahabat Sejati

Friday, 10 October 2025

Salam Jumaat: Sibuk, Tetapi Biarlah Ada Nilai di Sisi-Nya

'foto hiasan ~ sumber FB'

Dalam hidup ini, kita memang tidak pernah sunyi daripada kesibukan. Hari-hari kita dikejar masa, ditarik tanggungjawab, dipikul amanah. 

Namun, sibuk itu bukan alasan untuk kosong jiwa. Sibuk kita biarlah bererti. Sibuk kita biarlah membawa pahala. Sibuk kita biarlah mendekatkan diri kepada-Nya. 

Kerana apa guna sibuk yang hanya menambah resah, jika tidak menambah dekat dengan Allah? 

Biarlah tangan penat bekerja, asalkan hati tetap ingat kepada Pencipta. Biarlah langkah kita jauh mencari rezeki, asalkan arah tetap menuju redha Ilahi. 

Sibuk itu indah.. jika setiap lelah ditukar menjadi ibadah.

3 comments:

dear anies said...

biarlah sibuk yg 'menghasilkan' pahala drpd sibuk yg menjauhkan diri drpd rahmat-Nya

Puan Hazel said...

Semoga kita termasuk dlm golongan yg disibukkan dgn kebajikan, bukan sebaliknya.

Etuza said...

Setuju sekali dengan ustaz, tiap kerja yang dibuat tu adalah amal yang baik..niatkan kerana Allah..