![]() |
| Petang Jumaat sampai, kebetulan saya di luar kawasan |
Petang semalam, waktu sedang sibuk di luar kawasan, masuk mesej daripada Ummu Ikhwan, katanya ada parcel sampai dari Keningau. Dalam hati dah terdetik, “Mesti kiriman daripada cikgu Etuza..”
Hari ini barulah sempat saya buka bungkusan yang tersusun elok dengan pelekat “FRAGILE” di luar kotaknya. Perlahan-lahan saya koyak pembalut, dan... jeng jeng jeng!
![]() |
| Mangkuk tingkat merah tu bolehlah Ummu Ikhwan guna |
Benar, kiriman istimewa daripada cikgu Etuza — Elcafe Kopi Pracampuran dengan Ginseng dan Moringa, siap dengan satu set mangkuk dua tingkat danserta sudu sup. Wah, memang comel dan sungguh bermakna!
Terima kasih banyak, cikgu Etuza. Moga sentiasa diberkati rezeki dan bahagia bersama keluarga tercinta.
Oh ya, kengkawan boleh singgah ke blog beliau juga, sentiasa ada entri baharu yang menarik untuk dibaca.Baca blog cikgu Etuza di sini



3 comments:
Alhamdulillah
Rejeki dapat hadiah
Alhamdulillah tahniah Ustaz. Seronok berukhuwah di alam maya.
Asalamualaikum ustaz, alhamdulillah..lega hati dah terima dengan elok. Hadiah tak seberapa..terima kasih ustaz siap promot blog saya lagi..Subahanallah..terharu, sahabat maya yang baik hati..
Post a Comment