Pagi ini saya ke Megamall, menyertai kempen Derma Darah anjuran Yayasan Amal Malaysia Cawangan Pahang. Sebagai urusetia, tugasan kami bermula seawal pagi, memastikan segalanya berjalan lancar dari awal hingga akhir.
Penat? Memang penat. Semalam baru pulang ke rumah, hari ini sudah merempit semula — merempit manja katanya. Tapi dalam setiap langkah, saya teringat pesan seorang murabbi yang selalu menenangkan jiwa:
“Jika kamu penat berbuat kebaikan, ingatlah penat itu hanya satu perasaan. Ia akan hilang.. tetapi pahalanya akan terus berpanjangan.”
Hari ini, biarpun tubuh terasa letih, hati terasa lapang. Gembira melihat wajah-wajah penderma yang datang dengan senyum dan keikhlasan. Bahagia juga bertemu rakan-rakan relawan yang sama-sama berjuang dalam diam, memberi tanpa mengharap balasan.
Terima kasih kepada semua yang terlibat, pihak Unit Tabung Darah HTAA, para penderma, dan para relawan yang sentiasa ada di barisan hadapan kebaikan.
Moga setiap titis darah yang disumbangkan menjadi titis kasih yang menyelamatkan nyawa, dan setiap langkah yang kita ayunkan hari ini, menjadi langkah menuju redha-Nya.
Petang, zzz.. zzz..



3 comments:
Saya dulu pun selalu join aktiviti menderma darah tapi sejak kena makan ubat-ubatan, dah tak layak lagi jadi penderma darah huhu...
Amalk jariah Ustaz mengalir..janji Allah itu pasti .Ganjaran pahal untuk ustaz dan Yayasan Amal Malaysia..
Semoga sentiasa sihat dan bahagia ya ustaz.
Post a Comment