Sahabat Sejati

Monday 11 May 2020

Syukuri kedatangannya

Assalamualaikum warahmatullah.

Hari ini telah pun masuk hari ke 18 kita semua menjalani ibadat puasa. Sedar tak sedar, pantasnya masa berlalu. Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menciumi bayu lembut Ramadhan hingga ke saat ini. 

Allah SWT memilih bulan Ramadhan secara khusus untuk umat nabi Muhammad saw. Sebelumnya, umat terdahulu mengenal kelebihan hanyalah milik bulan-bulan haram (kelebihan) iaitu Zulqaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab (at-Taubah:36). Allah memuliakan bulan-bulan ini semenjak diciptakan langit dan bumi.

Bulan Ramadhan al-Quran diturunkan sebagaimana firman Allah SWT:

"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk kepada sekelian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang hak dan yang batil." (al-Baqarah: 185)

Allah SWT menghendaki al-Quran dihargai dan disyukuri kedatangannya oleh umat Nabi Muhammad. Ia nikmat yang sangat besar. Sentuhlah ia. Dakapilah ia di dada dan rasailah kemanisan dan cinta di sanubari. Bacailah ia dan tadabburlah makna dan pengajarannya. Lahirkan rasa cinta dan sayang pada al-Quran. Sesungguhnya Al-Quran akan menjemput kita segirangnya menuju syurga.

Allah memuliakan Ramadhan untuk kita. Syukurilah kedatangannya.

7 comments:

Hans Hanis said...

Salam Nuzul Al-Quran :)

ewanthology said...

salam ramadhan..semoga ramadhan kali ini menjadi lebih baik dari tahun lepas.

paridah said...

wasalam moga ustaz sjhtera sekeluarga...Alhamdulillah syukur dapat bersama Ramadan lagi.

Warisan Petani said...

Satu lagi peluang yang perlu kita kejar
malam lailatulqadar

Nor Azimah Ali said...

Hari ni dah 20 ramadhan dah. Jom kita memburu lailatul qadr.

Fida Z Ein said...

Doakan saya dan keluarga dapat apa yang dihajati ya Ustaz...

Normala Saad said...

Assalamualaikum Abu.
Semoga selamat menjalani ibadah puasa disamping keluarga tersayang.

Post a Comment