Sahabat Sejati

Tuesday 5 May 2020

Alhamdulillah, masih di Ramadhan ini..

Adalah sebuah kurniaan besar oleh Allah kepada kita apabila masih dipanjangkan umur untuk bertemu lagi Ramadan kali ini. Rasulullah saw mengajar kita supaya memohon kepada Allah supaya dikurniakan bertemu dengan Ramadan setiap kali masuknya bulan Rejab lagi. 

Rasulullah saw berdoa:

Ya Allah, berkatilah kami dengan bulan Rejab, dan Sya'ban, serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan" (Riwayat al-Tabrani dan al-Baihaqi) 

Di kala seronoknya kita hendak menyambut Ramadan di waktu Pandemik COVID19, sedarkah kita bahawa Allah sedang menguji persaudaraan kita sesama Muslim serta rakan-rakan kita yang belum Muslim? 

Rasullah saw menyebut: 

Bukan orang yang beriman jika dia dalam keadaan kenyang, sementara tetangga sebelahnya kelaparan." (H.R. al-Hakim dan al-Baihaqi) 

Ujian COVID19 benar benar menguji kebergantungan kita kepada Allah SWT. Ada kalanya kita putus harapan disebabkan kehilangan sumber rezeki apabila kita berasa bahawa rezeki itu datangnya daripada manusia. 

Ketahuilah, antara amaran yang Rasulullah saw sebut tadi tersirat kepertanggungjawaban di dalam amanah sosial dan kewangan yang Allah kurniakan kepada kita. 

Bantulah semampu yang boleh jiran sahabat sekeliling kita yang diuji supaya kita tergolong bersama Nabi di akhirat nanti. 

Ramadhan adalah bulan penuh keberkatan, bulan saling berkasih sayang sesama Muslim dan bulan untuk melipatgandakan pahala kita.

4 comments:

norhidana said...

moga dalam tempoh PKP ini lebih banyak masa untuk kita beribadah kepadaNya

Seorang Syed said...

Terima kasih di atas nasihat dan peringatan tuan.
Banyak yang telah dipelajari daripada isu COVID-19 ni.
btw, saya singgah dan follow blog ni ya.
Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

paridah said...

Assalam mga ustaz n fmli sht sjhtra..ya ujian Allah sarat hikmah

Etuza said...

Subahanallah..ramadan mendidik jiwa kita agar belas kasihan kepada yang kurang mampu, marilah memberi..

Post a Comment