Sahabat Sejati

Friday 8 May 2020

Selamat 'KEMBALI' tuan guru..

sumber foto ~ fb

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ راجعون. 

Takziah diucapkan kepada seluruh keluarga Almarhum Tuan Guru Ustaz Dato' Ismail Kamus diatas pemergiannya. Semoga Allah SWT menempatkan beliau di Syurga tertinggi bersama para kekasih Allah yang diredhai. 

Allah memuliakan pendakwah ini yang menunjukkan kepada kita bagaimana detik-detik umur wajib dituangkan seluruhnya di medan dakwah dan khidmat bakti. Kita akan merindui candaan dalam kuliah almarhum yang menjentik tangkai hati kita semua untuk menjunjung nilai dan cara hidup Islam. Sesungguhnya kami menyaksikan jasa dan bakti Almarhum yang cukup banyak pada agama ini.

Pesan-pesan berharga almarhum lewat melalui kaset,rakaman cd, media sosial akan menjadi hasil tuaian pahala berpanjangan kepada Almarhum. Selamat berehat Wahai Sang Murabbi dan kami juga akan menyusul kelak

 اَللَّهُمَّ اغْفِرْ له وَارْحَمْه وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْه، وَأَكْرِمْ نُزُلَه، وَوَسِّعْ مَدْخَلَه وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّه مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِه وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْله وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِه وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ، وَأَعِذْه مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّار اللَّهُمَّ اجْعَلْ قَبْرَهُ رَوضَةً مِن رِيَاضِ الجَنَّةِ...وَلاَ تَجْعَلْ قَبْرَهُ حُفْرَةً مِن حُفَرِ النِّيرَانِ

4 comments:

paridah said...

Assalam ustaz moga sht sjhtra sekeluarga..takziah kpd keluarga n Allah cucuri rahmat-Nya tidak terhingga kpd almarhum ulama kecintaan-Nya

Warisan Petani said...

Al-Fatihah
Semoga rohnya dicucuri rahmat

Fida Z Ein said...

Ya...semua yang bauk-baik pergi hari jumaat...insyaAllah kita juga suatu hari nanti...

Nor Azimah Ali said...

Kematian yg dicemburui..Allahu..semoga saya pun direzekikan begitu.

Post a Comment